Saturday, 23 November 2013

Johor Cuti Umum Jumaat Dan Sabtu

MUAR, 23 Nov (Bernama) -- Cuti hujung minggu di Johor akan ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu mulai 1 Jan depan, titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Baginda bertitah hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan keberkatan hari itu hendaklah diambil peluang oleh umat Islam untuk memperbanyakkan amalan yang dituntut dan disunatkan.

"Jika kita perhatikan pada masa kini, orang lelaki terkejar-kejar ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat, waktu khutbah pula sering dijadikan sebagai waktu untuk berehat dan tidur.

"Selepas selesai solat Jumaat pula, mereka bergegas bangun dan meninggalkan masjid sehingga ada yang tidak sempat untuk menunggu imam membaca doa. Oleh yang demikian setelah meneliti banyak pandangan, saya telah membuat keputusan muktamad supaya hari cuti mingguan bagi negeri Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu bermula 1 Jan 2014," titah baginda.



1. Tindakan yg sangat bagus oleh Sultan Johor  malah tindakannya turut disokong oleh PAS Johor yg mengemukakan usul tergempar menjunjung kasih titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

2. Keputusan ini pasti disokong seluruh umat islam dinegeri Johor namun bagi bukan Islam mereka perlu akur kerana ini adalah negra Islam. Hormat menghormati adalah tunjang negara kita

3. Tindakan ini insyaAllah akan memudahkan umat islam di Johor malah negeri johor telah lama mengamalkannya sebelum tahun 1994  

4. Saya sebagai rakyat Johor menyokong sepenuhnya keputusan ini :)

5. Negeri lain bila lagi ???

sumber: Bernama

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan IskandaR

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 En. Rasional. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes, Gifts for GirlFriend And Skull Belt Buckles.