Dari Kopitiam Ekonomi website, membicarakan tentang ekonomi Malaysia. Wawancara dengan segenap lapisan masyrakat Malaysia. Serius kelakar sebab kebanyakkan soalan adalah pengetahuan am.
ahahaha...
Friday, 28 December 2012
Thursday, 27 December 2012
Model-model Smartphones yang terpilih untuk rebat RM200
Model-model Smartphones yang terpilih untuk rebat RM200 :
1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory 2
3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
8) Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket
20) Samsung Galaxy Y
21) Sony Xperia Tipo
22) ZTE Acqua
23) ZTE V790
TERHAD KEPADA 1.5 JUTA YANG BERUMUR 21-23 SAHAJA.
![]() |
samsung Y |
Sumber : SKMM
Rebet telefon pintar (smart phone) bawah RM 500 sahaja ???
My opinion - smartphone apa je yg boleh beli ?? Samsung Y maybe or Xperia yg murah2 tu(no offense)... katanya nak memperluaskan insentif itu merangkumi belia
daripada kalangan berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan
telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka
kepada telefon pintar 3G yang asas(baca bawah).. setahu aku most belia dah mampu beli, ke yang rancang nie tak faham aspirasi PM kita ???...hmm..pelik juga...harap boleh tukar hanset baru... selasa depan ya kawan2 daftar... tapi serius aku rasa kurang relevan lah...
nak list smartphone bawah RM500 (klik sini)
nak list smartphone bawah RM500 (klik sini)
![]() |
my Samsung Y |
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.
Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak yang boleh mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada, katanya dalam satu kenyataan hari Khamis.
Mohamed Sharil berkata belia yang layak menikmati rebet RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan.
"Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia daripada kalangan berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas. "
sumber: Bernama
Selamatkah Password anda ???
Kata kunci atas password merupakan pekara yang penting terutama dalam laman2 media sosial sekarang. Persoalannya selamatkah password anda... infografik di bawah mungkin membuat anda berfikir tentang pekara ini sekarang..
Iqra...bacalah.. fakta tentang password :)
Wednesday, 19 December 2012
UPM & Penyelidikan nya...
Antara penyelidikan UPM tahun ini.... sangat2 terbaik dari UPM namun persoalannya mampukah produk2 ini bertahan ??? saya masih igt dulu ada Mesin buka koko.. ada juga UPM buat vest kalis peluru...dimana ya produk2 itu sekarang...hmmm... apa2 pun UPM is still one of the best research university in Malaysia..
1. Sistem mudahkan penjaga Alzheimer
Satu lagi penyelidikan yang berjaya dijalankan oleh UPM ialah sistem
pengesan spatial pesakit Alzheimer dalam kalangan warga tua yang pertama
di negara ini.
Alzheimer ialah penyakit nyanyuk yang majoritinya dialami oleh mereka berusia 60 tahun dan ke atas.
Penyakit berkenaan akan menyebabkan pesakit kehilangan progresif sel
saraf otak yang penting untuk pemikiran normal, daya ingatan serta
fungsi otak.
Berdasarkan kajian yang dijalankan Institusi Gerontologi Universiti
Putra Malaysia (UPM), kira-kira 300,000 rakyat di negara ini menghidap
penyakit demensia dan 150,000 daripadanya adalah penghidap Alzheimer.
Kejayaan sekumpulan penyelidik UPM menghasilkan ciptaan Sistem Lokasi
semasa Alzheimer tersebut diyakini mampu membantu mengesan pesakit
berkenaan di peringkat awal selain meringankan beban mereka yang
menjaganya.
Menurut ketua penyelidik Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Mohamed
Shariff, sistem itu berfungsi dengan menjejaki secara wayarles sekali
gus memantau rapat pesakit Alzheimer dari radius 100 hingga 200 meter.
Selain itu, sistem berkenaan juga menyediakan penggera bunyi yang
akan berbunyi sekiranya pesakit berada di luar radius yang ditetapkan.
"Sistem ini menggunakan alat penjejak yang dikenali sebagai tags
yang boleh dibawa oleh setiap pesakit tanpa mengganggu aktiviti harian
mereka dan mereka dikesan melalui frekuensi radio yang rendah iaitu 5.8
giga herz (GHz) dengan memasang alat pengesan di sesuatu kawasan.
"Pemantauan dari jauh ke atas pesakit oleh penjaga mereka juga boleh
dilakukan melalui paparan sistem yang disediakan. Dengan ini, penjaga
mendapat gambaran keseluruhan pergerakan spatial pesakit di dalam
paparan peta pelan lantai pusat jagaan harian dalam bentuk dua dimensi
(2D)," katanya.
Selain beliau turut bersama dalam penyelidikan tersebut ialah
Profesor. Dr. Ahmad Rodzi Mahmud, Dr. Zaiton Ahmad dan Mohd. Fadhil
Abuhan.
Mengulas lanjut katanya, penghasilan sistem itu bertujuan bagi
mengurangkan beban penjaga dalam memantau pesakit di pusat jagaan harian
Alzheimer selain meningkatkan kualiti pesakit.
Sasaran penggunaan sistem ini adalah mereka yang berada di rumah
orang tua kerajaan atau swasta, rumah jagaan Alzheimer, pusat jagaan
harian Alzheimer serta penghidap penyakit itu sendiri.
"Kami telah melakukan kajian di sebuah pusat jagaan warga tua di
Lembah Klang yang dipercayai mempunyai penghuni menghidap penyakit
Alzheimer berusia 65 hingga 92 tahun.
"Sistem ini terbukti membantu dalam meringankan beban penjaga selain
memberi keputusan akhir kepada para pengamal perubatan untuk mengesan
seseorang yang menghidap Alzheimer itu," jelasnya.
Mengenai kesan sampingan yang kemungkinan bakal dihidapi oleh pesakit
apabila menggunakan sistem ini, beliau menjelaskan bahawa penggunaan
frekuensi radio yang rendah tidak membahayakan kerana masih mematuhi
piawaian penjagaan kesihatan.
Sistem penggredan kelapa sawit yang dihasilkan oleh Dr. Abdul Rashid Mohamed Shariff dan kumpulannya.
Katanya, sistem ini telah diberi kelulusan untuk digunakan ke atas
manusia oleh jawatankuasa etika penyelidikan perubatan Fakulti Perubatan
dan Sains Kesihatan UPM.
Apa yang membanggakan, Sistem Lokasi Semasa Alzheimer ini juga turut
menerima pingat emas di Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi
Malaysia 2012.
2. DS Factor, teh herba antikanser
Sekumpulan penyelidik dari Jabatan Sains Bioperubatan, Fakulti
Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah
menemui sejenis herba dipercayai mampu merawat penyakit kanser.
Menurut ketua penyelidik tersebut, Prof. Madya Dr. Latifah Saiful
Yazan, herba tersebut sering digunakan oleh pengamal perubatan
alternatif untuk merawat pesakit kanser.
"Melalui kajian terhadap penggunaan rawatan tradisional, didapati
bahawa produk ini (herba) telah digunakan sebagai amalan rawatan
tradisional.
"Herba telah terbukti secara fizikalnya berkesan merawat beberapa
pengidap penyakit kanser (lebih daripada 100 orang) sebelum dikaji
secara saintifik," katanya.
DS Factor merupakan produk teh herba yang mempunyai sifat antikanser
dan mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai produk herba makanan
tambahan untuk menghidap kanser.
Dr. Latifah berkata, melalui kajian yang dibuat terhadap penggunaan
rawatan tradisional, didapati bahan berkenaa berkesan merawat pesakit
kanser lebih daripada 100 orang.
DS Factor kini telah berada di peringkat kajian terakhir dan bersedia untuk dikomersialkan.
Penyelidikan yang bermula dari tahun 2005 tersebut masih diteruskan
sehingga kini dan sedang dalam perancangan untuk menjalankan ujian
klinikal ke atas manusia.
DS Factor juga telah dipatenkan dan kini dalam proses rundingan dengan beberapa pihak yang berminat untuk mengkomersialkannya.
Kajian bagi produk DS Factor telah menerima geran penyelidikan daripada L'OREAL Malaysia dan UPM.
Malah Dr. Latifah juga pernah menerima anugerah The L'OREAL Malaysia for Women Sciene Fellowship 2006.
3. Sistem penggredan kelapa sawit
UPM juga memperkenalkan kaedah baharu dalam sistem penggredan kelapa
sawit bagi menentukan cara terbaik memastikan sama ada buah sawit masa
atau sebaliknya.
Menurut Ketua Penyelidik, Institut Teknologi Maju (ITMA), Universiti
Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Abdul Rashid Mohamed Shariff,
kaedah yang diguna pakai kini adalah dengan memeriksa buah kelapa sawit
secara rawak.
Kaedah tersebut dijadikan sebagai penanda aras kepada keseluruhan stok yang dihantar kepada kilang.
"Kaedah tersebut pastinya tidak tepat secara keseluruhannya, namun
pihak berwajib tiada pilihan berikutan tiada kaedah lain yang lebih
sesuai.
"Kini, pihak UPM hadir dengan ciptaan terbaru kami pengesan dan
pengasing buah kelapa sawit yang masak dan muda pada masa yang sama,"
ujarnya.
Ciptaan yang menggunakan mesin pengimbas yang direka khas tersebut
mampu mengesan buah kelapa sawit yang benar-benar masak dan yang muda
seterusnya kedua-duanya diasingkan.
Jelas Abdul Rashid, idea asal ciptaan mesin tersebut diperolehi
daripada pelajarnya yang melakukan uji kaji mengesan buah - buahan yang
masak menggunakan pengesan imej menerusi kamera CCD (charge couple device).
Sistem berkenaan menyerupai konsep mesin pengimbas bagasi yang digunakan di lapangan terbang.
Lebih dikenali sebagai Sistem Pengimbas Visual Automatik, teknologi
tersebut dilihat amat bermanfaat kepada pihak industri terutamanya
kilang pemprosesan agrikultur.
Sistem tersebut berfungsi bermula daripada kotak pemunggahan buah
kelapa sawit di mana buah akan dilalukan di atas trek untuk melalui
ruang pengimbas sebelum buah-buah tersebut diimbas menggunakan kamera
CCD.
Kemudian data berbentuk imej yang diperolehi akan disalurkan kepada
komputer menggunakan kabel khas sebelum ia diproses untuk menentukan
kadar kematangan buah.
Semasa dalam proses tersebut, buah akan melalui ruang pengimbas khas
dimana cahaya yang digunakan akan dikawal bagi mendapatkan kualiti imej
yang lebih tepat.
Seterunya, data yang diperolehi akan menentukan sama ada masak
mahupun separa masak atau muda seterusnya akan diasingkan mengikut kelas
masing-masing.
Bagaimanapun sistem tersebut hanya sesuai dibina di dalam kawasan persekitaran yang tertutup iaitu di dalam bangunan.
4. Vitamin daripada mangga ranum
Kenya merupakan sebuah negara yang sedia maklum mempunyai bilangan
penduduk yang begitu ramai dan tidak kurang juga yang mengalami masalah
kesihatan.
Sekumpulan siswazah dari Fakulti Sains
dan Teknologi Makanan, UPM bersama Vit-A-Go hasil penyelidikanke
atas buah mangga ranum sebagai alternatif kepada vitamin A.
Jika diperhatikan, kanak-kanak di Kenya majoritinya kekurangan
vitamin A kerana tidak mendapat sumber yang makanan yang berkhasiat.
Melihat kepada permasalahan tersebut, ia memberi inspirasi kepada
sekumpulan siswazah dari Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk
menghasilkan produk kesihatan daripada buah yang boleh memberi manfaat
kepada penduduk di negara tersebut.
Oleh itu, sekumpulan siswazah dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM menghasilkan Vit-A-Go
yang diperbuat daripada buah mangga ranum bagi memberi alternatif
kepada kanak-kanak di Kenya dalam usaha memperoleh vitamin A yang
mencukupi.
Kumpulan tersebut terdiri daripada Mohd. Asraf Mohd. Zainudin, Tan
Tai Boon, Kuan Chee Hao, Najla Gooda Sahib dan Lasekan Adeseye Opeyemi.
Menurut ketua kumpulan projek berkenaan, Sew Chang Chew, produk
daripada isi buah mangga yang dikeringkan itu mampu membekalkan nutrien
vitamin A pada golongan tersebut mengikut tahap keperluan badan
masing-masing.
"Ia merupakan satu lagi alternatif terbaik bagi kanak-kanak Kenya
untuk mendapatkan sumber vitamin A, selain mengambil pil tambahan.
"Produk itu juga dapat mengurangkan masalah pembaziran buah mangga yang berlaku di Kenya," katanya.
Jelas Chang Chew lagi, kandungan vitamin A di dalam buah mangga itu
dipelihara melalui pemprosesan serta keadaan penyimpanan yang betul
selain dari pemantauan yang berterusan.
Katanya, ramuan utama yang digunakan adalah mangga ranum atau terlalu masak dan ia akan diasingkan mengikut tahap kematangan.
Buah tersebut kemudian akan dikisar menjadi puri sebelum beberapa ramuan lain dicampurkan dan dikeringkan.
Jelas beliau, produk itu dihasilkan berdasarkan beberapa faktor iaitu
kos pengeluaran murah, teknologi yang sedia ada, tempoh pemprosesan
singkat iaitu selama dua jam serta kaya dengan vitamin A.
"Produk ini merupakan hasil penyelidikan selama tujuh bulan dan kami
yakin ia mampu diaplikasikan dalam industri kecil dan sederhana (IKS) di
negara ini.
"Selain itu, produk kesihtan ini juga boleh disimpan pada suhu bilik dan mampu bertahan sehingga enam hingga sembilan bulan.
"Produk Vit-A-Go juga telah meraih pingat emas dalam Pertandingan Developing Solutions for Developing Countries anjuran Persatuan Pelajar Institut Teknologi Makanan (IFTSA) di Las Vegas, Amerika Syarikat bulan lalu," katanya.
Bagaimanapun, Vit-A-Go masih belum sedia untuk dikomersialkan
kerana formulasinya masih perlu dioptimumkan selain penyelidikan
berterusan perlu dilakukan bagi memberi hasil yang lebih baik.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sains_%26_Teknologi/20121217/st_02/Penyelidikan-UPM#ixzz2FX207F7s
© Utusan Melayu (M) Bhd
Monday, 10 December 2012
Tindakan Drastik Selepas kemalangan Maut Pelajar UPM
Tindakan Drastik Selepas kemalangan Maut Pelajar UPM semalam (klik sini), PPPA telah meletakkan penghadang untuk mengofsetkan pandangan sipemotongdi simpang tersebut.
Menurut NC Prof Dato' Radin Umar
Konsepnya
pemandu yg gemar ptong Q sebab jalan utama sesak dan sering laju tidak
berhenti disimpang ini (dari Uniten) tidak lagi boleh beebuat demikian.
Mesti beluk kiri ke keselamatan UPM atau beluk kanan untuk U turn ke
Uniten. Kira padan muka lah kalau nak potong Q dan membahayakan pengguna
lain.
menurutnya lagi
Sketch(pic bawah)
ini perlu diperincikan supaya yg beluk kanan tu kalau nak terus potong Q
mendapati ianya susah. Kitavkena potong sedikit median dekat terowong
tu. its a cheap and practical solution. Nak didik pemandu mungkin satu
generasi lagi jika generasi kita ada pejuangnya.
![]() |
sekarang letak penghadang berisi air dulu |
![]() |
sketch dari Dato' NC |
sumber: FB NC UPM
Sunday, 9 December 2012
Kemalangan Maut di UPM
Innalillahi
wainna ilaihi rajiun Al-fatihah
untuk Mohd Asyraf Aminuddin , Pelajar Tahun 2 , Bac. Pertanian, Kolej
12, Tanah Merah yang baru saja meninggal kita kerana kemalangan di Gate
8 UPM (simpang 4 sebelum sampai ke fakulti) ketika hendak ke kelas.
Details - kereta wira biru tua,yg drive seorang lelaki berbangsa cina..side kereta kemek , helmet arwah pecah, arwah bawa motor LC merah..
Area ini memang selalu kemalangan namun belum pernah ada kematian...pelajar2 fakulti pertanian sentiasa berhati2 namun pemandu dari luar ???
![]() |
lokasi kejadian |
![]() |
sedihnya status terakhir arwah |
Saturday, 8 December 2012
Video2 untuk Elak AES Malaysia
Wednesday, 5 December 2012
Thursday, 29 November 2012
Anda ada Idea untuk Komuniti ???
Meningkatkan dan memeriahkan komuniti kejiranan di Malaysia.Cadangkanlah satu cara untuk meningkatkan atau membangunkan kawasan kejiranan anda yang meningkatkan kualiti kehidupan dalam masyarakat...mana tahu boleh menang
mari join challenge ini...GENOVASI CHALLENGE
Cabaran ini menawarkan anda peluang untuk berfikir secara berbeza - di luar amalan harian atau pemikiran anda. Oleh itu, anda mungkin mahu memberi tumpuan kepada mana-mana satu atau beberapa isu-isu yang berkaitan dengan kawasan kejiranan dan masyarakat, seperti:
- Menggalakkan tanggungjawab peribadi untuk kebersihan persekitaran kejiranan dan berfikiran bahawa akan ada tindak balas yang lebih positif daripada sesetengah ahli masyarakat daripada yang lain. Apa yang mungkin dapat menggalakkan rakyat dan semua peringkat umur, untuk bertanggungjawab untuk persekitaran kita ?
- Melibatkan kumpulan-kumpulan masyarakat yang berbeza atau individu dalam proses penglibatan komuniti. misalnya warga tua, kanak-kanak dan mereka yang kurang bernasib baik.
- Melibatkan syarikat perniagaan dan institusi awam, seperti sekolah, hospital, majlis, institusi agama, dan lain-lain ke dalam proses-Bagaimana mungkin institusi-institusi itu memperolehi faedah baru dengan penglibatan mereka selain hanya berdiam diri ?
Wednesday, 28 November 2012
Politik Kepartian di Kampus, Sudah Bersediakah Mahasiswa/i ???
Politik kepartian sudah memasuki kampus selepas berlakunya pindaan AUKU sebelum ini, sekarang sudah tiada halangan untuk mahasiswa berpolitik, DS Najib pun sudah menyatakan bahawasanya mahasiswa sekarang sudah matang dan boleh menilai diantara baik ataupun buruk.
Persoalannya sudah bersediakah kita ??? Baru-baru ini telah dilancarkan Kelab Penyokong BN IPTA di PWTC dan sebelum itu ada Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa dimana lagu UMNO dinynyikan oleh para peserta.
Malah, di UPM rekrut juga telah berlaku untuk Mahasiswa Keadilan Malaysia atau MKM...member saya dari fakulti sains yang inform tentang pekara ini, email pun telah saya dapat...antara intipati email tersebut:
From: Mahasiswa Keadilan <msiswakeadilan@gmail.com>
Date: 2012/10/17
To: Muhammad Fahdli <fahdli.upm@gmail.com>
1.Ahli MKM akan diberi latihan secara khusus oleh pimpinan parti dengan skill-skill seperti berdebat, berpidato, asas undang-undang, asas ekonomi, managing event, cara berurusan dengan media. MKM juga terbuka dengan aktiviti-aktiviti santai seperti sukan (futsal, bowling dan seumpamanya) dan aktiviti2 belia yang lain
borang untuk MKM pula...
Kesimpulannya, kepada semua mahasiswa/i ; sudah tiada halangan untuk berpolitik namun fikirlah mana lagi penting , pelajaran atau aktiviti2 luar ini...jika anda kata anda mampu mempelajari kemahiran-kemahiran insaniah (soft skills) kalau join, maka anda silap kerana sudah ada banyak persatuan2 di dalam universiti...
sekian
--) jangan jadi keldai sudah... :P
Persoalannya sudah bersediakah kita ??? Baru-baru ini telah dilancarkan Kelab Penyokong BN IPTA di PWTC dan sebelum itu ada Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa dimana lagu UMNO dinynyikan oleh para peserta.
![]() | |||||
Perasmian Kelab Penyokong BN IPTA di PWTC(click pada pic utk lgi besar) |
Malah, di UPM rekrut juga telah berlaku untuk Mahasiswa Keadilan Malaysia atau MKM...member saya dari fakulti sains yang inform tentang pekara ini, email pun telah saya dapat...antara intipati email tersebut:
From: Mahasiswa Keadilan <msiswakeadilan@gmail.com>
Date: 2012/10/17
To: Muhammad Fahdli <fahdli.upm@gmail.com>
1.Ahli MKM akan diberi latihan secara khusus oleh pimpinan parti dengan skill-skill seperti berdebat, berpidato, asas undang-undang, asas ekonomi, managing event, cara berurusan dengan media. MKM juga terbuka dengan aktiviti-aktiviti santai seperti sukan (futsal, bowling dan seumpamanya) dan aktiviti2 belia yang lain
2.
MKM terbuka untuk semua mahasiswa Malaysia samada di IPTA atau IPTS.
Mahasiswa luar negara juga dialu-alukan untuk menyertai MKM.
3. Borang penyertaan yang telah diisi, perlu diemel semula kepada admin
untuk diproseskan. Kad keahlian dan modul kepimpinan akan diberi setelah
keahlian selesai diproses. Untuk borang online, tidak perlu
tandatangan, hanya perlu isi butiran yang berkaitan.
Terima Kasih
Mahasiswa Keadilan Malaysia
borang untuk MKM pula...

sekian
--) jangan jadi keldai sudah... :P
Monday, 26 November 2012
KONVENSYEN KEPIMPINAN MAHASISWA NASIONAL 2012- Day 2
Belia Masa Kini Tidak Terpengaruh Dengan Sentimen Politik Kebencian...
Presiden Majlis Perunding Pelajar Kebangsaan, Hafiz Ariffin berkata
belia masa kini tidak terpengaruh dengan sentimen politik kebencian.Dia
berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin
Mahasiswa Nasional di Pusat Dangangan Dunia Putra (PWTC).Turut hadir
pada majlis itu ialah Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor
dan Menteri Belia dan Sukan merangkap Pengerusi Biro Institut Pengajian
Tinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
-) semua mahasiswa perlu berhati-hati dan perlulah menggunakan hak berfikir sebelum hak bersuara..peace for all :)
sumber: kl pos
Friday, 23 November 2012
KONVENSYEN KEPIMPINAN MAHASISWA NASIONAL 2012 - Day 1
Monday, 19 November 2012
Saya Sokong Harimau Malaya..anda pula???
Memang kedudukan mereka sekarang agak terumbang-ambing selepas perlawanan dengan Hong Kong yang berkesudahan 1-1, perlawanan yang sepatutnya boleh menang akhirnya seri disebabkan kesilapan penjaga gol-Khairul Fahmi Che mat dan Defender-Aidil Zaquan.
Apapun hari ni mereka akan bertemu Bangladesh dan 25 November 2012 pula akan bertemu Singapura untuk perlawanan pertama mereka. lokasinya di Stadium Bukit jalil. Oleh itu, sokonglah mereka dengan penuh semangat walau di mana saja anda berada..
--) Alangkah bagus kalau ada moment of silent atau doa kepada umat Islam di Gaza,Palestin di Stadium sebelum perlawan macam EPL...peace yoo utk semua...
nyanyikanlah lagu ini... :)
Selamanya-Harimau Malaya
Apapun hari ni mereka akan bertemu Bangladesh dan 25 November 2012 pula akan bertemu Singapura untuk perlawanan pertama mereka. lokasinya di Stadium Bukit jalil. Oleh itu, sokonglah mereka dengan penuh semangat walau di mana saja anda berada..
--) Alangkah bagus kalau ada moment of silent atau doa kepada umat Islam di Gaza,Palestin di Stadium sebelum perlawan macam EPL...peace yoo utk semua...
nyanyikanlah lagu ini... :)
Selamanya-Harimau Malaya
Monday, 12 November 2012
Terbaik ler !!! UPM kaji variasi produk ikan patin Temerloh
Ikan patin Temerloh sgt sedap, pernah rasa masa trip lawatan Keusahawanan Pertanian dulu, sekarang UPM diminta kaji variasi produk ikan patin Temerloh...makin berkembanglah nampaknya Industri Ikan patin...
petikan dari akhbar Utusan :)
"TEMERLOH 12 Nov. - Kementerian Pengajian Tinggi memperuntukkan
sebanyak RM182,000 kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi
menjalankan kajian mengenai keistimewaan dan variasi produk patin di
daerah ini.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata,
setakat ini UPM yang menjalankan kajian tersebut sejak dua tahun lalu
berjaya menghasilkan beberapa produk hiliran daripada ikan patin.
"Antara produk tersebut termasuk masakan ikan tempoyak, asam pedas, goreng berlada, masakan kukus dan masakan ala Barat, Cina.
"Kajian selanjutnya akan dilakukan secara lebih menyeluruh bagi
memastikan produk ikan patin boleh memasuki pasaran eksport," katanya
yang juga Ahli Parlimen Temerloh kepada pemberita selepas merasmikan
Karnival dan Seminar Ikan Patin Temerloh 2012, di sini semalam."
Friday, 2 November 2012
Video LOL - 15Malaysia - Meter (Khairy Jamaluddin)
15Malaysia - "Meter"
serius lawak dan double meaning...
dibintang oleh Khairy Jamaluddin, Jason Lo, Amber Chia, Matthew George, Namewee and Baki Zainal
layan jugak walaupun dah lama video nie~
Wednesday, 31 October 2012
Portal Untuk membantu Siswazah Mencari Kerja
Ready4Work - Portal Untuk membantu Siswazah Mencari Kerja yang telah dilancarkan oleh DS Khaled Nordin bagi membantu para siswazah muda mencari kerja. Selain portal sebegini ada juga iniseatif lain yang dilaksanakan oleh Universiti, contohnya di UPM ada Finishing School yang mempunyai modul2 mencari dan menghadapi alam perkerjaan. Apa-apa pun ia tetap Portal yang bagus...boleh lah cuba kalau rajin..
--) Punca masalah pengangguran di kalangan lepasan U di Malaysia adalah dari Siswazah itu sendiri kerana tiada nilai tambah di dalam diri..sekian~
Sumber : Ready4Work , thestar
Tuesday, 30 October 2012
Iklan Sengal - Bibik(Pembantu Rumah) Untuk Dijual !!!
Bibik (pembantu rumah) untuk dijual, iklan yang boleh mencetuskan lagi rasa marah warga2 Indonesia, siap ada 40 % discount lagi, iklan yang sangat2 tidak berpatutan. LOL hehe..
Sumber: asiaone news
![]() |
makin marah lah mereka |
Sumber: asiaone news
Tuesday, 23 October 2012
Monday, 22 October 2012
Mini Trip ke FRIM Kepong, Selangor (Gambar)
Mini trip mencari bijih benih (seeds) untuk seed collection bagi subjek Teknologi Bijih Benih...Universiti Putra Malaysia, seeds yang dikumpul bakal disimpan dalam Muzium Bijih Benih Fakulti Pertanian, UPM
Susah juga kumpul seeds... apa2 pun tempatnya cantik... :)
Susah juga kumpul seeds... apa2 pun tempatnya cantik... :)
kolam arapaima |
FRIM adalah bekas lombong,rel ini utk tujuan melombong -info |
buluh gergasi |
cantik~ |
Meranti paya |
resak laru |
description utk kayu di bawah |
kayu bersilica berusia jutaan tahun |
Wednesday, 17 October 2012
Pendidikan Percuma & Pemansuhan PTPTN, relevankan ia ?
Bagi saya adalan tidak relevan kerana jika pendidikan percuma maka cukai pasti akan naik, jadi rasionalnya tiada guna...PTPTN pula masih relevan cuma saya rasa 1% (perkhidmatan) itu perlulah dimansuhkan....
Mari kita lihat pula coretan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN
tentang isu ini...
"Malam
semalam sy telah menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet 2013)
peringkat dasar di Dewan Rakyat. Apa yg sering kali dibangkitkan pihak
Pembangkang adalah agar Kerajaan memberi pendidikan percuma dan
memansuhkan PTPTN. Berikut adalah hujah yg sy bentangkan di Dewan Rakyat
semalam utk menjawab persoalan2 tersebut;
Pengajian tinggi
adalah sebahagian daripada proses pendidikan yang bermula daripada
peringkat rendah dan menengah. Sistem pendidikan negara pada masa ini
mewajibkan pendidikan rendah dan menengah dan Kerajaan membiayai
sepenuhnya kos pendidikan di peringkat tersebut. Manakala, pengajian
tinggi pula adalah bersifat pilihan apabila individu boleh memilih untuk
melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi atau memasuki alam
pekerjaan. Ia adalah pelaburan yang boleh meningkatkan keupayaan
seseorang individu untuk bersaing merebut peluang kerjaya dan pendapatan
yang lebih baik.
George Psacharopoulos yang merupakan pakar
daripada Bank Dunia melalui kajian bertajuk “Returns To Investment In
Higher Education : A European Survey” menyatakan keputusan untuk memilih
pengajian tinggi adalah merupakan satu perlaburan kepada individu dan
pulangan yang diperolehi oleh individu hasil daripada pengajian tinggi
juga adalah lebih besar iaitu 10.2% berbanding 7.9% oleh masyarakat.
Justeru, adalah wajar individu membiayai sebahagian perlaburan tersebut
daripada ditanggung keseluruhannya oleh pembayar cukai (orang awam).
Pendidikan percuma anjuran Pembangkang telah memberi isyarat yang salah
dari segi harga pendidikan yang menyebabkan ‘over-education’ kerana
pengguna membuat keputusan yang tidak betul dari segi pelaburan
pendidikan. Kos pengajian tinggi harus dikongsi bersama oleh pembayar
cukai (orang awam) dengan individu kerana pengajian tinggi mempunyai
ciri “quasi public goods”.
Walaupun begitu, di negara kita
ketika ini di peringkat pengajian tinggi, Kerajaan telah memberi subsidi
bagi yuran yang dikenakan kepada pelajar. Umpamanya, kos program
pengajian perubatan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sebelum
subsidi adalah sebanyak RM166,000 tetapi pelajar hanya membayar yuran
sebanyak RM9,000 sahaja, yang mana 94.6 peratus telah diberikan subsidi
oleh kerajaan.
Bagi program kejuruteraan pula, kadar yuran
yang sepatutnya adalah RM61,200, manakala yuran yang dibayar oleh
pelajar hanya RM5,600 sahaja iaitu 90 peratus diberi subsidi oleh
kerajaan. Manakala, bagi program farmasi pula kos sebenar adalah dalam
lingkungan RM51,000 dan pelajar hanya perlu membayar yuran sebanyak
RM6,800 sahaja. Malah, yuran yang dikenakan oleh IPTA ini juga tidak
pernah dinaikkan sejak tahun 1990-an lagi. Secara keseuruhannya, lebih
90% pembiayaan IPTA adalah bersumberkan dana awam (cukai).
Pokoknya, falsafah di sebalik pembayaran yuran pengajian tinggi
sebenarnya sebagai tanda penghargaan kepada nilai ilmu dan keilmuan. Ia
sangat penting dalam meletakkan kepentingan dan nilai pengajian tinggi
pada tempatnya. Pembayaran yuran juga membentuk golongan pelajar yang
komited dan bertanggungjawab ke atas pelaburan yang dikeluarkan.
Bagi negara maju di dunia, mereka juga telah mula mengenakan yuran
pengajian di institusi pengajian tinggi awam masing-masing, antaranya
ialah United Kingdom bermula tahun 1998. Namun bagi meringankan beban
pelajar, kerajaan Britain telah memperkenal students loan scheme.
Langkah yang sama juga diikuti oleh beberapa negara Eropah lain seperti
Austria, Perancis, Ireland, Sepanyol, Belgium, Belanda dan lain-lain.
Kadar yuran yang dikenakan juga berbeza mengikut negara dari serendah
50 Euro sehinggalah 1,302 Euro. Begitu juga dengan negara Morocco di
mana Menteri Pengajian Tinggi dalam laman sesawang Morocco World News
pada 23 Julai 2012 telah mengumumkan keputusan kerajaan untuk
menghentikan pengajian tinggi percuma di Morocco.
Sungguhpun
terdapat negara seperti Finland, Denmark dan Norway, yang dikatakan
menawar pendidikan tinggi secara percuma, namun negara-negara ini
mempunyai struktur cukai pendapatan yang paling tinggi di dunia. Kadar
cukai pendapatan individu di negara tersebut adalah antara 6.5 hingga
55.4% dan mereka juga melaksanakan Goods and Services Tax (GST) dan
Value-added Tax (VAT) sekitar 23 hingga 25% yang belum lagi diamalkan di
Malaysia.
Pendapatan perkapita setahun negara-negara tersebut
juga adalah jauh lebih tinggi berbanding Malaysia di mana Finland
mempunyai pendapatan perkapita setahun sebanyak USD48,420, Denmark
sebanyak USD60,390, dan Norway sebanyak USD88,890, manakala pendapatan
perkapita Malaysia hanya USD8,420 sahaja.
Pendapatan per
kapita hasil daripada cukai yang tinggi ini telah digunakan untuk
membiayai pengajian tinggi. Ini menunjukkan bahawa sebenarnya tidak
wujud istilah pendidikan percuma di mana-mana negara di dunia ini kerana
pasti akan ada pihak yang akan membiayainya. Dalam erti kata lain,
pendidikan percuma di Finland, Denmark dan Norway dibiayai oleh dana
awam sepenuhnya melalui kadar cukai yang tinggi tetapi Malaysia dengan
kadar cukai 0-26% masih mampu memberikan subsidi yuran sehingga 95%
kepada lebih 500 ribu orang pelajar IPTA setahun.
Hujah yang
menjadikan Negara Turki sebagai contoh negara yang memberi pendidikan
percuma adalah tidak tepat sama sekali. Turki sebenarnya turut
mengenakan yuran pengajian di peringkat tertiari dan pasca siswazah dan
keadaannya sama seperti Malaysia. Negara Turki hanya menawarkan
pendidikan percuma di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan
sekolah tinggi dari gred 1 hingga 12 (dari umur 6 - 18 tahun). Gred 1-4
adalah sekolah rendah; gred 5-8 adalah sekolah menengah; dan gred 9-12
adalah sekolah tinggi). Malaysia juga menawarkan pendidikan percuma di
peringkat sekolah rendah dan menengah dari darjah 1 hingga tingkatan 6
atas (dari umur 7-18 tahun) sama seperti Turki.
Pada masa yang
sama, sebahagian besar pelajar Turki terpaksa memohon pinjaman menerusi
Higher Education Credit and Dormitories Institution yang ditubuhkan pada
tahun 1961 dan kadar faedah yang dikenakan adalah berdasarkan Indeks
Harga Pengguna (CPI) yang mengikut kadar inflasi semasa. Kadar purata
CPI untuk 2010 ialah 8.58% dan tahun 2011 ialah 6.46%. Kadar faedah
tambahan sebanyak 2.5% daripada kadar asas CPI akan dikenakan kepada
pelajar yang gagal membuat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan.
Sebagai rumusan, pelaksanaan pengajian tinggi percuma akan melibatkan
implikasi-implikasi yang memerlukan pertimbangan rasional agar tindakan
tersebut tidak menjejaskan hala tuju negara dalam mencapai status negara
maju menjelang 2020. Di samping itu, pengajian tinggi percuma tidak
boleh dilaksanakan ke atas IPTS kerana ia adalah entiti perniagaan yang
berasaskan keuntungan.
Situasi ini, akan menyebabkan tumpuan
masyarakat akan beralih kepada IPTA. Manakala kualiti pengajian tinggi
negara juga akan jatuh kerana faktor percuma menghilang nilai sebenar
ilmu dan sikap kebertanggungjawaban pelajar. Sehubungan itu, pada masa
ini, Kerajaan belum bersedia untuk memberi pengajian tinggi percuma
kerana terpaksa mengenakan bebanan cukai yang tinggi terhadap rakyat
negara ini.
Maka di sinilah letaknya kepentingan Perbadanan
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Sebelum penubuhan PTPTN,
Kerajaan hanya mampu menyediakan biasiswa untuk sekitar 26,000 orang
pelajar sahaja setahun. Ini bermaksud, ramai pelajar yang layak ke IPT
tidak mendapat penajaan khususnya dalam kalangan mereka yang miskin dan
berpendapatan sederhana. Namun, pada hari ini, PTPTN telah berjaya
meningkatkan akses kepada pengajian tinggi di mana pada tahun 2011
sahaja, sejumlah 227,209 orang telah berjaya melanjutkan pengajian di
peringkat pengajian tinggi dengan bersumberkan pembiayaan PTPTN.
Kerajaan melihat cadangan untuk memberikan pendidikan percuma dan
menghapuskan PTPTN adalah sebuah lagi janji yang populis tanpa mengkaji
implikasinya. Tindakan pemansuhan PTPTN sebenarnya akan memberi kesan
yang amat besar kepada pelajar dan negara kerana ia akan:
i. menghadkan akses kepada pengajian tinggi dalam kalangan pelajar miskin;
ii. menyebabkan ketiadaan sumber untuk membiayai yuran pengajian pelajar IPTS;
iii. menyebabkan ketiadaan sumber untuk membiayai kos sara hidup
pelajar IPTA/IPTS, di mana bagi pelajar IPTA hanya sekitar 15 - 30 %
pinjaman PTPTN digunakan untuk membayar yuran, manakala 70 - 85 %
digunakan bagi menanggung kos sara hidup. Manakala bagi pelajar IPTS
pula, 70% digunakan untuk yuran dan 30% untuk sara hidup; dan
iv.
merencatkan usaha bagi merealisasikan hasrat untuk menjadikan Malaysia
sebagai pusat pengajian tinggi negara menjelang tahun 2020
Oleh
itu, Kerajaan akan mengekalkan pembiayaan PTPTN. Sehingga 31 Ogos 2012,
PTPTN telah meluluskan pembiayaan pendidikan kepada 2,031,259 orang
pelajar yang layak dengan komitmen sehingga pelajar tamat pengajian
berjumlah RM45.4 bilion. Jumlah ini amat tinggi tetapi ia adalah
pelaburan besar negara untuk manfaat rakyat dan pembangunannya."
Sumber: FB DS Khaled Nordin
Wednesday, 10 October 2012
Siswa boleh beli kereta!!! What???
Petikan Berita Harian hari ini
"Pelajar tahun akhir institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta berpeluang membeli kereta PERODUA dengan bayaran serendah RM299 sebulan.
Tawaran itu diberikan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) yang juga pengeluar kereta nasional kedua, menerusi program pemilikan kereta terbarunya iaitu ‘What's Up Graduates’.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata program
itu adalah inisiatif PERODUA untuk memberi peluang kepada kumpulan
pelajar tahun akhir memiliki kenderaan sendiri tanpa bayaran
pendahuluan.
Katanya, tawaran itu terbuka untuk semua model PERODUA Viva dan MyVi yang bermula semalam dan akan berakhir 31 Mac 2013."
--)) Myvi dan Viva je..tapi kena tunjuk kad pelajar...tambahan pula dapat perlindungan insurans kemalangan bernilai RM20,000 secara percuma, dan diskaun 50 peratus bagi servis asas di semua pusat servis PERODUA di seluruh negara... TAPI !!! bayaran akan meningkat start anda berkerja...
well its still a nice offer
Full berita disini
info lebih Perodua what's up graduate
"Pelajar tahun akhir institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta berpeluang membeli kereta PERODUA dengan bayaran serendah RM299 sebulan.
Tawaran itu diberikan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) yang juga pengeluar kereta nasional kedua, menerusi program pemilikan kereta terbarunya iaitu ‘What's Up Graduates’.
Katanya, tawaran itu terbuka untuk semua model PERODUA Viva dan MyVi yang bermula semalam dan akan berakhir 31 Mac 2013."
--)) Myvi dan Viva je..tapi kena tunjuk kad pelajar...tambahan pula dapat perlindungan insurans kemalangan bernilai RM20,000 secara percuma, dan diskaun 50 peratus bagi servis asas di semua pusat servis PERODUA di seluruh negara... TAPI !!! bayaran akan meningkat start anda berkerja...
well its still a nice offer
Full berita disini
info lebih Perodua what's up graduate
![]() |
myvi....huhu |
Tuesday, 25 September 2012
PROGRAM MOTIVASI DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR SPM 2012 SMK FELDA PALONG 7
Tarikh
21 SEPT 2012 - 23 SEPT 2012 (Jumaat-Ahad)
Tempat
Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Palong 07, Gemas, Negeri Sembilan
Anjuran
Permuafakatan Siswa/Siswi FELDA (PERSADA) UPM, Universiti Putra Malaysia, dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Negeri Sembilan dan Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan (PERMANIS) Universiti Putra Malaysia.
Yang Berbahagia, En. Othman Bin Parman
Pengerusi JKKK Gabungan Wilayah
Raja Alias
Tema
"Pelajar Bermotivasi Teras pendidikan Berkualiti"
--) Alhamdullilah selesai sudah program ini, rasa bertuah sebab dapat join aktiviti PERSADA UPM,
Syukur ia berakhir dengan jayanya....
p/s Pengalaman berbeza kerana anak Felda sendiri membantu dan memberi semangat kepada para pelajar warga Felda. Disini adalah sedikit gambar untuk tatapan bersama... ada juga gambar yang disedut dari FB... :)
Syukur ia berakhir dengan jayanya....
p/s Pengalaman berbeza kerana anak Felda sendiri membantu dan memberi semangat kepada para pelajar warga Felda. Disini adalah sedikit gambar untuk tatapan bersama... ada juga gambar yang disedut dari FB... :)
![]() |
Kumpulan Singa Lidah Buaya- Ana, Reha,Shantini,Asvini,Atok, Azam, iskandar, Shilas dan Faizal... |
![]() |
kena interview..mail masuk papeer!!! -utusan & sinar ??? |
![]() |
mael x abis2 kena interview |
![]() |
group fasi farah,razi,ayu |
![]() |
credit to sarah syamimi-biawak buaya |
![]() |
Group bape tah..haha faizal |