Thursday, 8 March 2012

The Richest Person In The World - Carlos Slim Helu



Carlos Slim Helu

Well he beat Bill Gates and become the richest person in the world. Total money $53.5 billion and is the tycoon of telecommunication at Telecom, Mexico.

Telecom tycoon who pounced on privatization of Mexico's national telephone company in the 1990s becomes world's richest person for first time after coming in third place last year. Net worth up $18.5 billion in a year. Recently received regulatory approval to merge his fixed-line assets into American Movil, Latin America's biggest mobile phone company.

# kaya dunia tak semestinya kaya di akhirat sana :)

Source:Forbes

Sunday, 4 March 2012

NASIHAT TUN DAIM ZAINUDDIN KEPADA ORANG2 MELAYU

Tun Daim

Tun Daim Bin Zainuddin lahir pada 29/4/1938 di Alor Setar,Kedah dan beliau merupakan seorang Usahawan, Penganalisis Ekonomi dan juga Ahli Politik. Beliau juga pernah menjawat jawatan Menteri kewangan Malaysia dari tahun 1984 hingga 1991.

Berikut adalah NASIHAT TUN DAIM ZAINUDDIN KEPADA ORANG2 MELAYU...dipetik dari bual bicara Utusan Malaysia (Mingguan)

* Melayu mesti jangan sia-siakan peluang dan tidak melepaskan generasi muda kepada penagihan dadah.
* Melayu perlu hidup di rumah yang selesa dan menjadi alat kepada sumber manusia dan mobiliti.
* Melayu mesti boleh menulis dan bertutur dalam pelbagai bahasa dan berpengetahuan bagi menjadi pemimpin yang hebat.
* Melayu mesti belajar mensyukuri kejayaan dan tidak berhasad dengki untuk menurunkan mereka yang berjaya. Melayu berjaya di satu pihak perlu bersikap rendah diri dan tidak memberikan tanggapan mereka akan membolot segalanya.
* Memerangi elitisme dengan berani dan bermaruah. Tiada ada orang pada era Melayu-DEB yang mempunyai hak untuk menjadi elit dan hebat berbanding yang lain. Ingatlah kepada penggubal DEB di mana mereka adalah pelajar pergerakan Fabian yang sentiasa melihat cara menyama kan kedudukan dalam peluang hidup.
* Kerjasama tulen dengan bukan Melayu dalam perniagaan dan rundingan.
* Kerja keras dan bijak pada masa sama dan jika anda fikir anda telah bekerja keras, letakkan lebih usaha dan tidak gentar dengan kegagalan. Belajar daripada kegagalan. Kerja keras dan bijak perlu menjadi satu kualiti bagi mentafsirkan orang Melayu. Jika kita mempunyai semua kualiti dan ciri-ciri berkenaan, saya rasa Melayu akan bersatu bagi kebaikan negara ini.
* Perkukuhkan Bahasa Melayu. Ingat banyak novel hebat yang diterjemah ke dalam pelbagai bahasa seperti tulisan penulis Colombia, Gabriel Garcia Martinez dan Mesir, Naquib Mahfouz.
* Bercita-cita menjadi pemimpin. Bercita-cita menjadi penderma. Bercita-cita untuk belajar. Bercita-cita menjadi Melayu yang baik.

Inilah yang sepatutnya mentafsirkan karakter Melayu. Melayu perlu mempunyai sifat berkenaan. Kita tidak perlu menjerit mengenai penyatuan tetapi berterusan membina jalan untuk perpecahan. Jadi Melayu yang berjaya dan penyatuan akan datang dengan sendiri. Jika tidak Melayu akan dieksploitasi dan orang lain akan mengambil kesempatan ke atas kita. 


Sumber: Utusan Malaysia online

Saturday, 3 March 2012

Kucing


Pagi2 buta terlintas di benak fikiran nak buat sajak bagi binatang kegemaran aku dan juga  Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W
Peace Yoo...

" aku seekor kucing...
  di dalam kegelapan aku mencari cahaya...
  di dalam kegelapan aku mencari kebenaran...
  kerna aku seekor kucing... "

kucing Hitam


Surat-Surat Dr. M kepada PM-PM Israel

Surat Dr Mahathir Kepada Ehud Barak
(Bernama) – Berikut ialah surat yang ditulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel Ehud Barak yang baru dipilih pada 1999, seperti yang dikeluarkan Kementerian Luar

PERDANA MENTERI MALAYSIA

8 Jun 1999
Tuan Yang Terutama
Encik Ehud Barak
Perdana Menteri Israel
TEL AVIV

Tuan Yang Terutama,
Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan tuan dalam pilihan raya baru-baru ini. Dengan mandat yang cukup meyakinkan, saya berharap tuan dan rakan gabungan tuan akan dapat memimpin masa depan rakyat Israel di ambang Abad baru.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengulangi pendirian Malaysia yang sentiasa memperjuangkan keamanan dan penyelesaian masalah antara jiran menerusi rundingan. Oleh itu menjadi harapan kami untuk melihat pelaksanaan bersama perjanjian yang ditandatangani antara PLO dan Israel. Kami juga percaya jika proses perdamaian hendak diselamatkan, langkah-langkah berkesan mesti diambil untuk memenuhi komitmen.

Sebagai rakan penting dalam proses damai adalah mustahak bagi Israel lebih bersedia bertolak ansor. Rakyat Palestin telah membuat pengorbanan besar. Mereka tidak lagi menuntut penghapusan negara Israel. Mereka malah sedia berkongsi Baitulmaqdis dengan anda. Oleh itu kini masanya bagi Israel memberi respons positif demi mempertahankan harapan rakyat di Palestin dan Israel. Komitmen mulia yang dibuat oleh Kerajaan sebelumnyua mesti dihormati. Jika tidak saya bimbang, akan wujud suasana konflik dan ketidakstabilan serantau yang berkekalan menjangkau ke Abad akan datang. Ini adalah prospek yang mesti dielakkan.

Pokok masalah ialah bahawa tiada pihak yang harus kembali kepada cara lama merundingkan apa yang dimiliki pihak lain, di satu nada dan menghasut kebencian dan keganasan, pada nada lain. Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh mana-mana pihak, sama ada rakan atau musuh. Mana-mana negara yang merampas tanah dan harta orang lain, atau menghapus tempat tinggal orang lain untuk mendirikan penempatan mereka sendiri tidak boleh dianggap bersikap jujur mahukan perdamaian.

Malaysia yakin penuh bahawa keselamatan semua negara di Asia Barat dapat dijamin dengan kewujudan perdamaian yang adil, berkekalan, dan komprehensif di rantau berkenaan. Ini mestilah berdasarkan pada prinsip “pertukaran tanah untuk perdamaian” dan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

Dunia berharap Israel di bawah kepimpinan tuan, mengetengahkan proses damai dengan iltizam yang tulen. Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel.

Yang Ikhlas
Dr Mahathir Bin Mohamad
Surat Dr Mahathir Kepada Benjamin Netanyahu

(Bernama) – Berikut adalah surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel pada 1997, seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar di sini.

PERDANA MENTERI MALAYSIA

14 Mac 1997
Tuan Yang Terutama
Tuan Benjamin Netanyahu
Perdana Menteri Israel
Jerusalem

Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam. Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan. Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas.

Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan. Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya. Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama.

Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besar daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan pendatang. Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak porak-peranda.

Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan. Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel. Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga.

Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri. Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan.

Jika mereka tidak boleh bertinda balas dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah sekalipun. Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan. Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel. Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.

Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan. Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama.

Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini. Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka. Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel. Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.

Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam. Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang.

Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia. Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita.

Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah. Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

Surat Dr Mahathir Kepada Yitzhak Rabin

(Bernama) – Berikut ialah surat yang ditulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin pada 1993, seperti yang dikeluarkan Kementerian Luar di sini,

PERDANA MENTERI MALAYSIA

21 Disember 1993
Tuan Yang Terutama
Tuan Yitzhak Rabin
Perdana Menteri Israel
JERUSALEM

Saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat tuan bertarikh 17 Oktober memaklumkan saya mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.

Kerajaan saya menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya sebagai satu langkah awal ke arah merealisasikan satu penyelesaian yang komprehensif kepada masalah Timur Tengah. Sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap perkembangan ini, negara saya telah diwakili pada Persidangan Penderma bagi menyokong proses damai Timur Tengah yang diadakan di Washington dan seterusnya berjanji untuk memberi sumbangan kewangan yang sederhana kepada rakyat Palestin bagi membantu dalam tugas-tugas baru mereka. Kerajaan saya juga menawarkan bantuan teknikal kepada rakyat Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.

Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai.
Masalah Timur Tengah terutamanya isu Palestin telah menjadi punca ketidakstabilan di rantau itu dan saya berharap perjanjian baru-baru ini antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang berpanjangan di kawasan itu.

Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel
(ayat yang terakhir ini bertulis tangan)

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD



Sumber: Bernama

Tuesday, 28 February 2012

LYNAS SELAMAT !!!



Penjelasan dari Pakar-pakar di Malaysia...oleh
Prof Dr Ahmad Termizi Ramli - Pakar keselamatan Radiologi dan Kesihatan
Dr. Che Rosli Che Mat - Saintis Nuklear dan Ahli Parlimen Pas Hulu Langat,Selangor

Malah, Presiden Pas sendiri menyarankan ahli-ahli Pas supaya merujuk kepada saintis nuklear Pas, Dr. Che Rosli Che Mat berhubung isu kilang Lynas dan bukannya terpengaruh dengan pihak lain.
Berita TV3 memang penuh keraguan..tapi apabila saintis dan pakar yang berbicara susah untuk diragukan..dan beliau mungkin adalah list yang seterusnya bakal dikecam oleh golongan Anwarinas.
SALUTE YOU HADI AWANG!!!! TAHNIAH.... Tegak kan kebenaran walaupun PAHIT...

Tuesday, 14 February 2012

What is IASS 2012 ???

Salam :)

  • For those that doesn't know what is IASS,well IASS is an acronym for International Agriculture Student Symposium. The purpose of this symposium is to provide a platform for students from around the world to share their experiences and ideas that they have in agriculture. Besides that, to encourage networking collaboration among universities and students.
  • So basically its about agriculture all around the world. The participants as well the committee will exchange thoughts,ideas and also culture.Very nice :)
  • IASS 2012 is the 3rd edition of the symposium and this program has become a legacy to PERMATANI (Agriculture Student Society) in UPM.
  • Basic information about this international program. 
          Date : 19-28 Feb 2012
          Venue : Faculty Of Agriculture, Universiti Putra Malaysia (Agrobio)
          Participants : Malaysia,Japan,Indonesia,UAE, Thailand, Canada,Russia and etc..
  • Well meet you there cuz...I'm also one of the committee member ...  :) 
  •  For more info, well you can check this program Facebook page ,IASS 3 (click here) and also their official webpage IASS 3  (click here).
    The Logo





     
    Promotion from the local newspaper





      

Feldaku...FELDA Palong Timur 3


  • Felda Palong Timur 3 terletak di daerah Segamat, poskod kawasan ialah 85100 dan Felda ini adalah salah satu dari gugusan Palong Timur yang merangkumi Palong Timur 1,2,3,6 dan 7. Mana pergi Palong Timur 4 dan 5 ??? Palong Timur 4 dan 5 terletak lebih jauh sedikit-lagi dalam.
  • Felda ini diletakan dibawah kawasan parlimen Segamat (Datuk Seri Dr S.Subramaniam) dan adun Buloh kasap (Datuk Othman Jais) .Felda ini juga terletak berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan(10 minit dan sampai Nogori). ~info~
  • pppssst~~ padahal ada dikalangan kamu tak tahu pun siapa yang jadi YB  di  kawasan sendiri...hoho
  • Sering kali berlaku kekeliruan diantara Felda Palong Timur dan Felda Palong...kebanyakkan orang sering beranggapan Felda Palong Timur adalah Felda Palong walhal Felda Palong itu terletak di Negeri Sembilan manakala Felda Palong Timur masih di dalam kawasan Johor .( Im proud to be a Johorean) 
  • Palong Timur 3 pada pandangan saya masih memerlukan banyak penambaikkan dari segi organisasi penduduk dan pegawai yang saya lihat terlalu mengutamakan kroni yang seterusnya boleh membawa kepada ketirisan dan penyelewengan. Malah, pejabat pos (gambar dibawah) yang dilihat sangat uzur juga perlu ditukar dan dinaik taraf perkhidmatannya, bukan sekadar mengambil dan menghantar surat sahaja.
  • Boleh check gambar2 Felda Palong Timur 3  dan kawasan-kawasan sekitar Gugusan Felda Palong Timur.

Tugu nama :)


Petronas

Pejabat Pos yang uzur...Perlu ditukar...memalukan!!!

Pejabat Felda PT3 yang diketuai oleh seorang yang malas turun padang...ceh


Bas Stand Super busa..port jemput minah kilang..


Balai Polis...


Sekola lamaku....Sekolah Rendah Palong Timur 2..

 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 En. Rasional. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes, Gifts for GirlFriend And Skull Belt Buckles.