Langkah yang baik namun pelaksanaannya terutamanya untuk
1- Khidmat perunding projek 2- Kos Elektrik
perlu ada permerhatian dan pemantauan dari pihak tertentu agak penjimatan itu berlaku... apa saya lihat sekarang pesepsi kepada pegawai kerajaan semakin teruk adalah... apa kata PM mulakan dulu, tunjukkan pada rakyat Malaysia :)
Dikala Kerajaan sudah tidak boleh diharap, marilah kita mengharapkan ALLAH dan mengharapkan diri kita sendiri untuk meneruskan kehidupan. Kehidupan di bandar penuh dengan kos-kos seperti sewa rumah, bil air/api dan kos-kos lain dan tika ini golongan belia semakin miskin di bandar-bandar terutamanya Kuala Lumpur. Oleh itu, saya menyarankan agar belia-belia berkerja di luar bandar. Berusahalah mencari kerja di luar bandar dan bagi pelajar-pelajar lepasan SPM yang masih mencari jurusan yang mahu diceburi, bidang Pertanian amatlah saya sarankan. Kenapa Pertanian ??? 1. Kebiasaannya di Ladang @ Estate syarikat akan menyediakan rumah dan kenderaan(Motor) untuk kegunaan para pekerjanya maka dengan ini sudah jimat sewa rumah dan duit minyak. 2. Bil air dan api pula akan dibayar oleh syarikat dan dengan ini sudah jimat sudah anda dan anda boleh menabung untuk masa depan 3. Dan jika ada syarikat yang lebih prihatin macam company saya, bil Astro dan WIFI pun di biaya oleh syarikat. :) 4. Masalah kesesakan atau JEM tiada..tiada tekanan jem dan sentiasa tenang melihat pokok-pokok yang tumbuh disekeliling ladang 5. Banyak syarikat-syarikat pertanian ada di Malaysia dan para pembaca boleh senaraikan sendiri, malah ada byk agensi-agensi kerajaan yang berkaitan pertanian 6. Bidang pertanian sedang maju sekarang dan PM kita memandang tinggi akan bidang ini malah termasuk dlm NKRA !! ada prospek dalam 5 tahun lagi sebelum (jika) kerajaan berubah :P Kesimpulannya, walaupun bidang pertanian persepsinya masih dipandang sinis oleh masyarakat namun warga pertanian akhirnya akan bergelak sakan(hahaha) apabila masa hari gaji mereka masuk.
Pertanian adalah Perniagaan...igtkah anda tema ini :)
LinkedIn adalah media sosial profesional yang menghubungkan golongan profesional di dalam satu rangkaian. Adalah penting untuk kita mengemaskini profile kita di sana terutamanya bagi mereka yang telah berkerja.
MUAR, 23 Nov (Bernama) -- Cuti hujung minggu di Johor akan ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu mulai 1 Jan depan, titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Baginda bertitah hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan keberkatan hari itu hendaklah diambil peluang oleh umat Islam untuk memperbanyakkan amalan yang dituntut dan disunatkan.
"Jika kita perhatikan pada masa kini, orang lelaki terkejar-kejar ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat, waktu khutbah pula sering dijadikan sebagai waktu untuk berehat dan tidur.
"Selepas selesai solat Jumaat pula, mereka bergegas bangun dan meninggalkan masjid sehingga ada yang tidak sempat untuk menunggu imam membaca doa. Oleh yang demikian setelah meneliti banyak pandangan, saya telah membuat keputusan muktamad supaya hari cuti mingguan bagi negeri Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu bermula 1 Jan 2014," titah baginda.
1. Tindakan yg sangat bagus oleh Sultan Johor malah tindakannya turut disokong oleh PASJohor yg mengemukakan usul tergempar menjunjung kasih titah SultanJohorSultan Ibrahim Sultan Iskandar
2. Keputusan ini pasti disokong seluruh umat islam dinegeri Johor namun bagi bukan Islam mereka perlu akur kerana ini adalah negra Islam. Hormat menghormati adalah tunjang negara kita
3. Tindakan ini insyaAllah akan memudahkan umat islam di Johor malah negeri johor telah lama mengamalkannya sebelum tahun 1994
4. Saya sebagai rakyat Johor menyokong sepenuhnya keputusan ini :)