Monday, 8 December 2014

Pertukaran Nama Jalan Di Kuala Lumpur (Infografik)

Pertukaran Nama Jalan Di Kuala Lumpur  mengikut nama-nama Yang Di-Pertuan Agong yang pernah memerintah Malaysia :)

Saturday, 6 December 2014

Fakta Petik Dan Kilat (Infografik)

Fakta mengenai petir, berhati-hati terutamanya sekarang musim tengkujuh, awasi juga anak-anak anda, mencegah adalah lebih baik :) 

Adakah anda tahu di mana anak-anak anda akan pergi semasa cuti sekolah ini? Apakah aktiviti-aktiviti yang akan mereka akan lakukan?  Apa sahaja aktiviti mereka, berhati-hatilah apabila membenarkan anak-anak anda bermain di luar, terutamanya semasa musim hujan ini.  Satu kajian yang dilakukan baru-baru ini di Amerika Syarikat membuat ramalan bahawa kesan pemanasan global akan turut sama menyaksikan peningkatan ketara fenomena kilat.  Kajian yang dibuat oleh seorang penyelidik iklim di Universiti California, Berkeley, David Romps, menunjukkan bahawa walaupun dengan peningkatan suhu hanya beberapa darjah Celsius sahaja, impak kepada iklim adalah sangat besar. Kajian ini menunjukkan bahawa kedua-dua faktor - hujan dan ketidakstabilan - boleh menyumbang kepada  77 peratus daripada kebolehubahan dalam pembentukan kilat di Amerika Syarikat.  Ia kemudiannya digunakan di dalam sebelas model perubahan iklim – iaitu sebuah simulasi berkuasa tinggi yang menggunakan superkomputer, yang cuba untuk mencatatkan kelakuan atmosfera dalam persamaan fizikal - untuk mengesan bagaimana perubahan masa depan dalam parameter ini akan meningkatkan fenomena kilat.  Hasilnya ialah peningkatan 12 peratus dalam pembentukan kilat per darjah Celsius kepada pemanasan global, dan dengan itu, peningkatan sebanyak 50 peratus kilat pada abad ke-21 sekiranya ia berterusan. Walau bagaimanapun, pakar kilat, Hartono Zainal Abidin, berkata Malaysia telah dan sedang mengalami banyak fenomena kilat kerana kita mengalami ribut petir secara kerap.  Beliau berkata kajian Romps adalah berdasarkan model simulasi dan secara umumnya ia dikatahui bahawa paras haba yang tinggi akan membawa kepada paras kelembapan yang tinggi dan ini akan membawa kepada peningkatan kekerapan ribut petir.  "Walau bagaimanapun, Malaysia belum lagi melihat kesan pemanasan global di dalam kejadian kilat.  "Para penyelidik tidak sebenarnya memerhatikan ribut petir. Tetapi mungkin ada kemungkinan ia berlaku di sini. Kita hanya perlu mengambil pendekatan tunggu dan lihat, "katanya kepada Astro AWANI baru-baru ini.  Hartono berkata Malaysia mengalami sebanyak 180 hingga 200 ribut petir  dalam setahun berbanding dengan negara-negara barat.  “Contohnya, Florida hanya mempunyai sebanyak 80 ke 100 hari yang mengalami ribut petir dalam setahun. London pula hanya menpunyai 10 ke 20 hari yang mengalami ribut petir dalam setahun.  "Malaysia pula adalah antara 10 negara yang mengalami ribut petir yang paling kerap. Oleh kerana kita kini berada di dalam musim akhir peralihan monsun,  dan pada permulaan monsun timur laut di mana terdapat peningkatan angin dan ribut, jadi kita perlu lebih berhati-hati," katanya.  Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, monsun timur laut biasanya bermula pada awal November dan berakhir pada Mac.  Jabatan itu turut menyatakan bahawa semasa musim-musim peralihan monsun, angin pada amnya berkelajuan lemah dan arahnya berubah-ubah.   Sementara itu, Hartono berkata warganegara Malaysia tidak harus mengabaikan bahaya kilat dan mengambil langkah berjaga-jaga, terutamanya semasa musim cuti sekolah ini.   Usaha pelbagai pihak diperlukan bagi mewujudkan kesedaran tentang kilat untuk kanak-kanak sekolah dan melindungi mereka daripada serangan kilat, katanya.  "Ibu-bapa harus mengambil tahu apa yang anak-anak mereka lakukan semasa ribut petir. Jangan biarkan anak-anak anda berada di luar semasa ribut petir. Terangkan kepada mereka mengapa ia adalah bahaya untuk berada di luar semasa ribut petir.   “Kesedaran itu harus datang dari peringkat sekolah, kementerian serta Jabatan Meteorologi Ma

Thursday, 18 September 2014

Oh Netherlands! - Amsterdam

Pictures of Amsterdam during my last visit 2013.A very nice place to visit and Amsterdam can be described in two words which are Red and High. For me Red represent the Red Light District and High for me represent weeds which are legal in Netherlands.

Easy to travel with LRT 

Sex Museum but closed cause i arrive in early morning


A must, tourist must take pictures in this shoe


Amsterdam central Railway station 


Royal palace of Amsterdam 



Sunday, 14 September 2014

SOALAN UPSR 2014 BOCOR (Infografik)

Sedih...amanah yang dipertanggungjawabkan telah dikhianati insan-insan tertentu, akibatnya generasi yang mengambil UPSR 2014 terpaksa mengulang semula peperiksaan tersebut, muda-muda sudah repeat paper, mungkin ada hikmahnya sebab masa di universiti lagi banyak repeat paper kalau subjek tu susah sangat.Nice infografik dari Harian Metro.. :) 

Info Grafik

Wednesday, 3 September 2014

9 Unique Facts About Malaysia (Infographic)

Malaysia is a tropical country at the center of Southeast Asia, split between Peninsular Malaysia and Northern Borneo across the South China Sea, while sharing its borders with Thailand, Brunei, Indonesia and Singapore. Covering a land mass of 329,847 km², the local community is a diverse mix of indigenous tribes and ethnic groups, the latter a result of migration from surrounding regions and Asian continents over centuries. Colonialisation by the Portuguese, Dutch and British have also left their imprint on the social landscape, introducing their political and economic systems. One of the world's most popular tourist destinations, Malaysia is rich with cultural heritage and natural wonders, including colorful cities, highland landscapes, ancient rain-forests, beautiful beaches and remote islands. Let us find out 9 Unique Facts About Malaysia.
Happy Malaysia Day 16 September....  :)

Things that make Malaysia a wonderful country to live in. — By Abdul Qayyum


Thursday, 21 August 2014

SENARAI JENAZAH MH 17 TIBA PADA 22 OGOS 2014





22 OGOS 2014, Hari Berkabung bagi rakyat Malaysia, mari bertafakur dari pukul 10.45 hingga 11.15 pada 22 ogos 2014 bagi tragedi MH 17.
AL-FATIHAH :(

Anak Kapal:
1) Mastura Mustafa (P)
2) Ahmad Hakimi Hanapi (L)
3) Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P)
4) Nur Shazana Mohamed Salleh (P)
5) Dora Shahila Kassim (P)
6) Lee Hui Pin (P)
7) Angeline Premila Rajandaran (P)
8) Chong Yee Pheng (P)
9) Azrina Yakob (P)
 
Penumpang:

1) Foo Ming Lee (L)
2) Karamjit Singh Karnail Singh (L)
3) Ng Qing Zheng (L)
4) Mabel Anthony Samy (P)
5) Paul Rajasingam Sivagnanam (L)
6) Elisabeth Ng Lyeti (P)
7) Ariza Ghazalee (P)
8) Muhammad Afif Tambi (L)
9) Noor Rahimmah Mohd Nor (P)
10) Mohd Ali Md Salim (L)
11) Hasni Hardi Parlan (L)

- Bernama
22 ogos 2014- Bendera Malaysia separuh Tiang

Saturday, 16 August 2014

Kronologi Krisis MB Selangor (Infografik)

Krisis Menteri Besar Selangor yang sangat popular sekarang dan pada masa coretan ini ditulis isu ini masih belum menemui climaks drama politiknya. Bagi saya, cuba selesaikan dengan cara yang betul, duduk dan berbincang, apa pun kena tunggu 27 Ogos 2014 untuk episod akhir drama ini (rasanya lah LOL). Orang tak berfikir pula akan kata 'Ini salah UMNO' ... :)
#lama #tak #tulis #tentang #politik #LOL
infografik dari HMetro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 En. Rasional. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes, Gifts for GirlFriend And Skull Belt Buckles.