Wednesday, 21 May 2014

7 Amalan Pengurusan Bagi Meningkatkan Produktiviti

1. Menyediakan pelan insentif kepada pekerja tak kira level pengurusan mana mereka berada. Ini termasuk pekerja bawahan, mereka juga berhak menerima insentif.

2. Memberi teguran dan komen membina kepada pekerja. Teguran mestilah dengan cara yang betul  dan teguran atau komen itu perlu  negatif dan positif. Jangan positive sahaja

3. Hormat dan respect pekerja anda, yang tua dihormati dan yang muda disayangi

4. Latihan perlu mencukupi bagi semua peringkat pengurusan agar setiap kerja dapat dilaksanakan dengan betul dan cepat.

5.  Memberikan sokongan moral kepada pekerja pada mereka dalam kesusahan. Ini dapat meningkatkan kesetiaan kepada anda. 

6. Memberikan pengiktirafan dan pujian bagi mereka yang layak. Pujian adalah motivator terbaik berbanding dengan wang ringgit

7. Pengurusan tertinggi perlu menjadi model kepada pekerja bawahan. Pengurusan tertinggi seperti Pengurus, Pegawai dan Supervisor perlu menjadi 'role-model'  


Untuk  pengetahuan anda, 7 Amalan Pengurusan Bagi Meningkatkan Produktiviti ini dialih bahasa menggunakan bahasa saya sendiri dan diceduk dari website forbes (7 Management Practices That Can Improve Employee Productivity ). Terbaik untuk dibaca secara mendalam. Saya hanya ringkaskan sahaja :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 En. Rasional. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes, Gifts for GirlFriend And Skull Belt Buckles.