Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Wednesday, 22 April 2015

Calon Simpanan Lantikan SPA

Calon Simpanan Lantikan SPA


  • Kemaskini pada 21042015, pihak spa telah menunjukkan giliran calon simpanan dan tarikh luput sebagai calon simpanan. 
  • SPA telah membuat perubahan di mana ada tarikh luput bagi calon dan berbeza sebelum ini dimana SPA mengatakan bahawa calon simpanan tiada tarikh luput dan akan menjadi calon simpanan sehingga menjadi dilantik sebagai lantikan tetap. 
  • Langkah ini dilihat lebih telus dan tarikh luput adalah untuk memastikan calon masih relevan untuk skop pekerjaan yang dimohon agaknyaaaaaaa.....

no 6 huhu ok kot 

Saturday, 20 December 2014

Calon Simpanan SPA Part 2

Calon simpanan SPA, harapan masih ada dan jangan putus asa. Mengikut pengalaman saya sebagai calon simpanan SPA untuk Pegawai Pertanian, rujuk link ini (Calon Simpanan SPA ) 
Saya telah menunggu selama 4 bulan sebelum dipanggil oleh SPA. SPA telah menawarkan pula jawatan lain iaitu Pegawai Penyelidik Q41. 

Ini membuktikan bahawa sebagai calon simpanan, anda juga mempunyai peluang untuk jawatan-jawatan lain kerana pemilihan calon simpanan ini adalah berdasarkan ranking  dan kelayakkan calon simpanan tersebut(menurut pegawai SPA yang menghubungi saya).  
Sudah separuh kaki jika anda adalah calon simpanan :) 

Nasib Si Calon Simpanan SPA 






Friday, 15 August 2014

Calon Simpanan SPA


Calon simpanan dikira 50-50 lah, berharap tapi jangan berharap sangat la sebab ia bergantung kepada kekosongan...just be positive :)

Menurut portal SPA:

Sistem Pengambilan - Sistem Mengambil Sepanjang Masa (SMSM)
Urusan pengambilan bermula dengan permohonan yang diterima melalui Borang ePengisian dari Kementerian/Jabatan. Terlebih dahulu, status calon simpanan jawatan yang dipohon akan disemak dan tawaran akan dibuat kepada calon simpanan jika ada. Seterusnya proses yang terlibat adalah proses pemerolehan calon dari Bank Data SPA, penyediaan Penyata Lembaga Permulaan (PLP), urusan temu duga, penyediaan Kertas Suruhanjaya dan kemudian proses tawaran kepada calon yang berjaya.
More info kenalah call :

Orang ramai boleh berurusan dengan Urus Setia SPA secara online menerusi http://www.spa.gov.my atau menelefon talian TeleSPA nombor 600-83-7979 atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS) di nombor 39111 atau perkhidmatan mySMS di nombor 15888. Maklumat mengenai temu duga dan keputusannya boleh dicapai melalui Portal SPA dan SMS sepanjang masa.


Wednesday, 21 May 2014

7 Amalan Pengurusan Bagi Meningkatkan Produktiviti

1. Menyediakan pelan insentif kepada pekerja tak kira level pengurusan mana mereka berada. Ini termasuk pekerja bawahan, mereka juga berhak menerima insentif.

2. Memberi teguran dan komen membina kepada pekerja. Teguran mestilah dengan cara yang betul  dan teguran atau komen itu perlu  negatif dan positif. Jangan positive sahaja

3. Hormat dan respect pekerja anda, yang tua dihormati dan yang muda disayangi

4. Latihan perlu mencukupi bagi semua peringkat pengurusan agar setiap kerja dapat dilaksanakan dengan betul dan cepat.

5.  Memberikan sokongan moral kepada pekerja pada mereka dalam kesusahan. Ini dapat meningkatkan kesetiaan kepada anda. 

6. Memberikan pengiktirafan dan pujian bagi mereka yang layak. Pujian adalah motivator terbaik berbanding dengan wang ringgit

7. Pengurusan tertinggi perlu menjadi model kepada pekerja bawahan. Pengurusan tertinggi seperti Pengurus, Pegawai dan Supervisor perlu menjadi 'role-model'  


Untuk  pengetahuan anda, 7 Amalan Pengurusan Bagi Meningkatkan Produktiviti ini dialih bahasa menggunakan bahasa saya sendiri dan diceduk dari website forbes (7 Management Practices That Can Improve Employee Productivity ). Terbaik untuk dibaca secara mendalam. Saya hanya ringkaskan sahaja :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 En. Rasional. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes, Gifts for GirlFriend And Skull Belt Buckles.