Showing posts with label work. Show all posts
Showing posts with label work. Show all posts

Monday, 11 August 2014

Melon Permai 5 (infografik)

Mari mengenal melon, Melon Permai 5 adalah sangat rintang penyakit dan rasanya sangat manis. Brix (kadar kemanisan) boleh mencecah 16. Untuk pengetahuan anda Brix 10 sudah dikategorikan sebagai manis buah, so brix 16 sangat2 manis. Cubalah rasa. Infografik adalah dari GWG. :) 

Friday, 18 July 2014

Pengalaman Interview SPA G41 Pegawai Pertanian

Pengalaman Interview SPA G41 Pegawai Pertanian
Pengalaman yang amat bermakna, tawakal sahaja selepas interview tersebut. :)
  • Diinterview oleh Datuk Mustapha Ahmad S. Marican dan Encik Johari(wakil dari Jabatan Pertanian)
  • Sesi temuduga yang amat sempoi dari Datuk Mustapha Ahmad S. Marican. Sempoi sahaja apabila beliau menanyakan latar belakangsaya. Soalan maut dari beliau ialah APAKAH DESKRIPSI TUGAS PEGAWAI PERTANIAN G41 ???
  • Datuk Mustapha Ahmad S. Marican menekankan agar calon mesti memakai KOT, MEMBAWA THESIS, DAN MEMBAWA REFERENCE LETTER DARI MAJIKAN TERDAHULU. 
  • Kebanyakkan soalan adalah berkisar dari tempat yang anda bekerja sekarang dan bagi kes saya ialah tanaman fertigasi golden melon. Banyak juga soalan tentang costing so bersedialah dengan pengiraan
  • Perlu mengetahui tentang jabatan pertanian, apa projek2 utama mereka 
  • Soalan maut lain ialah kelebihan diri anda. Nasihat saya kalau boleh bagi 3 hingga 5 kelebihan diri anda berbanding calon lain. 
  • Sekian :)
Ambil No. tapi aku seorang sahaja pada masa itu errr...

Calon-calon lain menunggu untuk jawatan W17

Awek baju biru Cun hahaha

Tuesday, 10 June 2014

18 Cara Menjadi Lebih Positif Dalam Kerja (Infografik)

http://dailyinfographic.com/wp-content/uploads/2014/05/18-More-Positive-Ways-Infographic.jpg

Tuesday, 3 June 2014

Lawatan PM ke Rimbunan Kaseh Negeri Melaka

Info mengenai Rimbunan Kaseh Negeri Melaka sila klik RimbunanKasehNegeriMelaka 
Gambar-gambar Lawatan PM Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak ke  Rimbunan Kaseh Negeri Melaka semasa lawatan beliau pada 7.2.2014.Lawatan julung-julung kali PM ke RK Melaka dan beliau turut merasmikan projek ini.

PM di Green House

Dato Seri Najib Tun Razak berbincang dengan Datuk Tan Say Jim

PM Najib Razak menaiki bugee

Dato Seri Najib bergambar bersama peserta-peserta projek Rimbunan Kaseh Negeri Melaka

Terima Kasih PM


 

Wednesday, 21 May 2014

7 Amalan Pengurusan Bagi Meningkatkan Produktiviti

1. Menyediakan pelan insentif kepada pekerja tak kira level pengurusan mana mereka berada. Ini termasuk pekerja bawahan, mereka juga berhak menerima insentif.

2. Memberi teguran dan komen membina kepada pekerja. Teguran mestilah dengan cara yang betul  dan teguran atau komen itu perlu  negatif dan positif. Jangan positive sahaja

3. Hormat dan respect pekerja anda, yang tua dihormati dan yang muda disayangi

4. Latihan perlu mencukupi bagi semua peringkat pengurusan agar setiap kerja dapat dilaksanakan dengan betul dan cepat.

5.  Memberikan sokongan moral kepada pekerja pada mereka dalam kesusahan. Ini dapat meningkatkan kesetiaan kepada anda. 

6. Memberikan pengiktirafan dan pujian bagi mereka yang layak. Pujian adalah motivator terbaik berbanding dengan wang ringgit

7. Pengurusan tertinggi perlu menjadi model kepada pekerja bawahan. Pengurusan tertinggi seperti Pengurus, Pegawai dan Supervisor perlu menjadi 'role-model'  


Untuk  pengetahuan anda, 7 Amalan Pengurusan Bagi Meningkatkan Produktiviti ini dialih bahasa menggunakan bahasa saya sendiri dan diceduk dari website forbes (7 Management Practices That Can Improve Employee Productivity ). Terbaik untuk dibaca secara mendalam. Saya hanya ringkaskan sahaja :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 En. Rasional. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes, Gifts for GirlFriend And Skull Belt Buckles.