Friday, 4 January 2013
Tembok runtuh atau Tanah runtuh di UPM ?
Tembok runtuh atau Tanah runtuh di UPM ?
hmm...entahlah...nilailah sendiri,ada akal fikir...
no further comment..
list berita2 untuk kejadian ini
1. Bernama
2. Sinar
3. mstar
sumber semua dari bernama...
untunglah sape yg masuk paper...lol
Makluman Selepas Tanah Runtuh di UPM
Syukur Blok L2 selamat diduduki dan pemilik motosikal dapat ganti rugi... harap janji ditepati :)
MAKLUMAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
- Susulan daripada kejadian tanah runtuh yang berlaku di Kolej Serumpun
(antara bangunan L1 dan L2) pada 4 Januari 2013, mesyuarat khas telah
diadakan.
- Antara pihak yang terlibat ialah wakil PJSD, PPPA, Keselamatn, OSHA, BHEP, Pengetua Kolej 14 dan 16, MPP UPM, MTM kolej.
- Pihak Bomba dan Prof. Husni (pakar cerun) mengesahkan kawasan kejadian Bangunan L2 adalah selamat untuk diduduki.
[TINDAKAN JANGKA MASA PENDEK]
- Menutup kawasan tanah runtuh menggunakan plastik dan membuat pemantauan pergerakan tanah.
- Pihak PJSD mengalihkan kenderaan dan membersihkan kawasan secepat mungkin, Sabtu (5 Januari 2013).
- Jaminan daripada pihak BHEP (Unit Kebajikan), pelajar akan diberi
sumbangan daripada Tabung Kebajikan Pelajar UPM dan Pusat Zakat UPM.
- Mohon warga Kolej Serumpun dapat mengalihkan kenderaan sepanjang
laluan daripada simpang masuk Blok L1 dan L2 serumpun sehingga kawasan
antara di L1 dan L2 (sepanjang tempat kejadian) untuk kerja pengalihan
kenderaan, pembersihan, dan baikpulih.
- Untuk jangka masa ini, mohon jasa baik warga kolej untuk tidak meletakkan kenderaan ditempat kejadian.
[TINDAKAN JANGKA MASA PANJANG]
- Pihak PJSD akan melakukan penyelenggaraan secepat mungkin dan akan
mengadakan mesyuarat bersama wakil pihak UPM pada 7 Januari 2013 untuk
tindakan lanjut dan lebih menyeluruh di kawasan serumpun
MAHASISWA BERILMU BERBAKTI
sumber: MPP UPM 2012 (Offficial)
R.I.P. Kanang Anak Langkau
Gambar-Gambar Sejurus Selepas Tanah Runtuh UPM
Gambar-Gambar Sejurus Selepas Tanah Runtuh atau Tembok runtuh UPM (katanya), takziah kepada pemilik2 motor..harap semua pihak dapat bersabar...
Telah lama aku perhatikan tembok tersebut, sejak aku menduduki kolej serumpun tembok itu telah lama condong...tanah runtuh ini semestinya memberi impak kepada PJSD iaitu pemilik kolej serumpun ini...PJSD adalah syarikat swasta yang mengurus kolej serumpun... keselamatan penghuni menjadi taruhan... terutamanya kolej 14...
Penafian- saya tiada niat untuk mengaibkan sesiapa :P
psst.. ada org takut benda ini tersebar.... hahaha the power of new media is scary...
untuk tindakan susulan selepas kejadian ini (klik sini)
Gambar2 pasca kejadian (klik sini)
untuk tindakan susulan selepas kejadian ini (klik sini)
Gambar2 pasca kejadian (klik sini)
| takziah kpd pmilik moto |
| hancur skuter nie |
| censored... |
| like gmbr ini..penuh emosi |
| atas tu kolej 14 |
Wednesday, 2 January 2013
Rebat RM 200 Sekarang Untuk Semua Jenis Telefon Pintar!
Terbaik !!! ... suara anak muda didengari.. :)
berbaloi rasanya aku post dalam entri http://en-rasional.blogspot.com/2012/12/rebet-telefon-pintar-smart-phone-bawah.html
more info dan pendaftaran SKMM
Sumber : @DrRaisYatim
Friday, 28 December 2012
Apa Orang Malaysia Tahu Tentang Ekonomi ?
Dari Kopitiam Ekonomi website, membicarakan tentang ekonomi Malaysia. Wawancara dengan segenap lapisan masyrakat Malaysia. Serius kelakar sebab kebanyakkan soalan adalah pengetahuan am.
ahahaha...
ahahaha...
Thursday, 27 December 2012
Model-model Smartphones yang terpilih untuk rebat RM200
Model-model Smartphones yang terpilih untuk rebat RM200 :
1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory 2
3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
8) Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket
20) Samsung Galaxy Y
21) Sony Xperia Tipo
22) ZTE Acqua
23) ZTE V790
TERHAD KEPADA 1.5 JUTA YANG BERUMUR 21-23 SAHAJA.
![]() |
| samsung Y |


