Friday, 4 January 2013

Makluman Selepas Tanah Runtuh di UPM

Syukur Blok L2 selamat diduduki dan pemilik motosikal dapat ganti rugi... harap janji ditepati :)
MAKLUMAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

- Susulan daripada kejadian tanah runtuh yang berlaku di Kolej Serumpun (antara bangunan L1 dan L2) pada 4 Januari 2013, mesyuarat khas telah diadakan.
- Antara pihak yang terlibat ialah wakil PJSD, PPPA, Keselamatn, OSHA, BHEP, Pengetua Kolej 14 dan 16, MPP UPM, MTM kolej.
- Pihak Bomba dan Prof. Husni (pakar cerun) mengesahkan kawasan kejadian Bangunan L2 adalah selamat untuk diduduki.

[TINDAKAN JANGKA MASA PENDEK]
- Menutup kawasan tanah runtuh menggunakan plastik dan membuat pemantauan pergerakan tanah.
- Pihak PJSD mengalihkan kenderaan dan membersihkan kawasan secepat mungkin, Sabtu (5 Januari 2013).
- Jaminan daripada pihak BHEP (Unit Kebajikan), pelajar akan diberi sumbangan daripada Tabung Kebajikan Pelajar UPM dan Pusat Zakat UPM.
- Mohon warga Kolej Serumpun dapat mengalihkan kenderaan sepanjang laluan daripada simpang masuk Blok L1 dan L2 serumpun sehingga kawasan antara di L1 dan L2 (sepanjang tempat kejadian) untuk kerja pengalihan kenderaan, pembersihan, dan baikpulih.
- Untuk jangka masa ini, mohon jasa baik warga kolej untuk tidak meletakkan kenderaan ditempat kejadian.

[TINDAKAN JANGKA MASA PANJANG]
- Pihak PJSD akan melakukan penyelenggaraan secepat mungkin dan akan mengadakan mesyuarat bersama wakil pihak UPM pada 7 Januari 2013 untuk tindakan lanjut dan lebih menyeluruh di kawasan serumpun

MAHASISWA BERILMU BERBAKTI
sumber: MPP UPM 2012 (Offficial)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 En. Rasional. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes, Gifts for GirlFriend And Skull Belt Buckles.