Wednesday, 16 May 2012

Isu Keusahawanan Pertanian(PPT 3701) 2012

Disini ingin saya kupas mengenai isu-isu yang timbul sepanjang perlaksanaan kursus PPT 3701, memandangkan saya turut terlibat dalam kelas ini ingin saya jelaskan bahawa jgnlah terlalu mempercayai buah-buah mulut dari orang lain dan bertanyalah kepada pihak yang benar-benar ada dan terlibat sepanjang isu hangat ini.

Isu 1 =  Emcom, syarikat ini 1st time datang ke UPM, mereka mahu melaksanakan penyelidikan tentang produk mereka dari Africa kepada ayam kg...mula-mula(minggu 1) mereka cakap nak taja kumpulan reban 1 dan reban 2, namun pada minggu ke-8 mereka mahu balik harga  kos RM2500 dan mahu ambil 75 ekor ayam dengan harga kos iaitu RM8.38 per ekor (harga ini mereka tetapkan !!!)...

Persoalannya
  •  Jika awalnya mahu ditaja kenapa hendak bayar balik ??? analogi- siapa yang dapat biasiswa tajaan(cth JPA) mereka perlu bayar balik ke.
  • Kenapa mereka yang tetapkan harga ??? siapa yang menjalankan projek keusahawanan ini..analogi mudah, kamu mahu beli beras harga RM15 di kedai,tiba2 kamu datang ke kedai tersebut dan cakap "saya nak beli beras ni harga RM10,muktamad" ,rasa2 dapat tak beras tu RM10?? Dalam perniagaan harga adalah berdasarkan keluk permintaan dan keluk pengeluaran. Harga juga biasanya mengambil kira kos2 yang ditanggung pengeluar termasuklah kos pengangkutan,tenaga kerja dan lain2. Malah biasanya perniaga yang menetapkan harga. Harga RM 8.38 itu bukanlah harga tawar-menawar seperti di pasar malam kerana pihak EMCOM yang tetapkan harga itu. 
Nak tahu diskusi kami dengan pihak Emcom boleh tgk video dibawah...


Isu 2 = Isu berkenaan harga kos produk2 ayam, dari minggu ke 4 hingga minggu ke 8 kami masih tertanya2 harga kos bagi setiap produk ayam, tiada kata putus dari pihak pegawai UPM dan pembekal...permainan tarik tali berterusan hingga minggu ke-8, kemudian kami diberikan harga PO utk setiap produk..ni boleh check gambar di bawah
produk yang perlu kami bayar kalau mengikut PO seperti yang dimaklumkan ialah anak ayam (RM2.5) ,makanan ayam grower(RM100) dan starter (RM105) ,EMAS(RM 45) dan EM1 (RM30)
harga2 diatas adalah lebih MAHAL dari harga di pasaran !!! sila google sendiri check ~


Persoalannya
  • kenapa input ditetapkan oleh pegawai??? kami langsung tiada kuasa terhadap sumber kami..siapa pula yang menetapkan supplier???
  • Kenapa tiada taklimat yang menyeluruh???
  • Langsung tiada hitam putih antara ketua kumpulan dan pembekal dan antara pihak Emcom dan Kumpulan reban 1 dan 2, siapa sebenarnya yang bertanggungjawab???
Video dibawah pula adalah perbualan dengan pegawai yang terlibat mengenai kos2 kami


Kemuncak isu ini adalah pada 8 Mei 2012 dimana perjumpaan diadakan diantara pihak student ,Emcom, dan pegawai yang terlibat. Perbincangan dimulakan dengan group yang menjalankan penyelidikan dengan Emcom dan kemudiannya dengan berlaku pertelingkahan diantara student dan pihak Emcom.

Selepas pertelingkahan barulah Dr Azhar dgn Wan Marzuki turun....
Fakta- Dr azhar adalah pakar rujuk kami tapi baru 3 kali berjumpa dgn kami (termasuk hari 8 mei)

selepas campur tangan Dr Azhar, barulah penyelesaian dapat dicapai

Reban 1,2 dan Syarikat Emcom- Emcom bersetuju menaja sepenuhnya Reban 1 dan 2
Reban 3, 4, dan 5 - Hanya perlu bayar RM1500 sahaja harga kos dan Kos proses ayam boleh dituntut kembali...

Alhamdullilah isu ini telah selesai...namun diharapkan ia bakal menjadi pengajaran kepada kami serta pihak fakulti dan menjadi peringatan kepada pelajar2 fakulti pertanian yang belum mengambil kursus PPT 3701- Keusahawanan Pertanian.

Sekian..


2 comments:

Anonymous said...

huhu harga PO mmg standard la mahal dari harga asal. Sume org tau sbb PO memakan masa lama utk diproses. Jd kna byr mahal sbg ganti rugi byr lambt n dorg dpt duit dorg lmbt.

akhmalsujai said...

itu memang saya tahu...kalau dah tahu PO lambat kenapa student tak deal terus je dgn supplier...harga mahal tu,kami pulak yg tanggung??? kami sepatutnya diberi modal perniagaan dan mcm sem lepas pinjaman boleh sampai RM5000, sem nie xde apa2 taklimat pun tentang pinjaman

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 En. Rasional. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes, Gifts for GirlFriend And Skull Belt Buckles.