Monday, 29 April 2013

Anak FELDA Menjalani Latihan Industri di Kanada

Anak-anak FELDA sekarang sudah mula menjelajah seluruh dunia, sebelum ini ada sudah pelajar-pelajar anak FELDA dari Lim Kok Wing yang pergi belajar di London dan terbaru akan ada anak Felda yang  akan mendaki Gunung tertinggi di dunia iaitu Everest. Malah, sekarang sudah ada ramai anak  FELDA yang bijak pandai dan memegang jawatan-jawatan tinggi di kerajaan dan syarikat-syarikat korporat. Semua ini boleh dibanggakan oleh seluruh warga FELDA di Malaysia.

Saya pula disini, HELP International di Weyburn, Saskatchewan, Canada menjalani Latihan Industri selama 4 bulan, saya Akhmalluddin Bin Mohd Sujai dan Muhammad Faris Bin Mustapa sedang menjalani Latihan Industri di HELP International.Kami menjalani latihan Industri ini dari 1 April 2013 hingga 31 Julai 2013. Kami pelajar Bacelor Sains Pertanian, tahun ke-4 menjalani latihan industri ini bagi memenuhi keperluan syarat kelayakan untuk bergraduat dan untuk menyediakan diri kami kepada alam pekerjaan. kami telah ditaja oleh Universiti Putra Malaysia dibawah program mobiliti untuk latihan industri. Pelajar UPM yang turut sama dengan kami ialah Muhammad Hazim Bin Nazli(Bacelor Sains pertanian) dan Tey Hui Xiang yang merupakan pelajar tahun ke-3, Bacelor Sains Pertanian(Perniagaan Tani)Saya berasal dari FELDA Palong Timur, Segamat, Johor manakala Muhammad Faris Bin Mustapa merupakan anak generasi kedua dari FELDA Trolak Utara. 

Untuk makluman semua, HELP International merupakan badan bukan kerajaan (NGO) berasaskan komuniti  yang melatih dan membangunkan teknologi hijau untuk digunapakai masyarakat global. Melalui program ini, kami  berpeluang menguruskan  250 000 pokok beriklim sejuk  di nurseri, menguruskan proses penyimpanan 13 000 pokok semasa musim sejuk dan terlibat dengan penanaman 20 000 pokok  pada musim luruh sekitar Saskatchewan yang merupakan inovasi terbaru HELP. 

kami juga  berpeluang bertukar pendapat dan menimba pengalaman berharga dari CEO HELP International sendiri, Rodney Sidloski yang juga berpengalaman selama 8 tahun sebagai petugas kecemasan yang bertanggungjawab terhadap program pembangunan di benua Afrika yang menghadapi  masalah kemarau seperti Sudan dan Mozambique.

Kami rasa amat bersyukur kerana  berpeluang menyertai  salah satu program latihan industri yang paling mencabar di Kanada. Malah, kami dapat menimba banyak ilmu dan pengalaman secara langsung dari CEO HELP International. 

Bersama CEO-Rodney Sidloski

kami di HELP International
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 En. Rasional. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes, Gifts for GirlFriend And Skull Belt Buckles.