Monday 2 April 2012

Peruntukan RM 20,000 untuk Persada di setiap IPTA

Semasa Karnival Iktiraf 2012 semalam telah diumumkan agihan peruntukkan sebanyak RM400,000 kepada pentadbiran 20 sekretariat Persada IPTA atau RM20,000 untuk setiap satu. Duit yang amat banyak jika digunakan sebaiknya oleh Persada sudah tentu Persada di setiap IPTA dapat melakukkan pelbagai program yang bermanfaat kepada ahli-ahli dan juga kepada masyarakat.

Disini juga saya mahu menekankan pengurusan kewangan yang telus dan amanah baik dari FELDA,PERSADA ataupun dari BHEP setiap IPTA agar dapat menguruskan wang ini dengan telus dan amanah.

Petikan berita di bawah;


"KUALA LUMPUR 1 April - Kerajaan hari ini mengumumkan bantuan berjumlah RM7.535 juta untuk golongan belia Felda bagi memperkasa golongan berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bantuan tersebut diagihkan untuk pengurusan program Persatuan Belia Rancangan, Majlis Belia Felda Negeri dan Wilayah serta Sekretariat Permuafakatan Siswa Siswi Felda (Persada) institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Di samping itu, beliau berkata, ia turut diperuntukkan kepada Pengupayaan dan Khidmat Masyarakat Persada IPTA dan IPT swasta (IPTS) tempatan dan luar negara serta Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM).
''Sehubungan itu, saya mahu golongan belia Felda terus memperkukuhkan misi sosial dengan memastikan golongan ini bebas dadah, jenayah dan maksiat; berpendidikan sempurna dan bekerja sebagai tenaga mahir serta berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air,'' katanya.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis Karnival Ikatan Hari Warga Felda (IKTIRAF) 2011/2012 di Dataran Merdeka, di sini, hari ini.
Dalam pada itu Najib berkata, daripada jumlah RM7.535 juta itu, sebanyak RM1.585 juta akan diperuntukkan kepada pengurusan program Persatuan Belia Rancangan dengan setiap 317 persatuan di seluruh negara memperoleh RM5,000.
''Sebanyak 11 Majlis Belia Felda Negeri dan Wilayah akan menerima sejumlah RM550,000 iaitu RM50,000 untuk setiap satu,'' katanya.
Beliau berkata, sejumlah RM400,000 pula diperuntukkan kepada pentadbiran 20 sekretariat Persada IPTA atau RM20,000 untuk setiap satu. "

Hidup PERSADA UPM :)

Sumber : Utusan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 En. Rasional. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes, Gifts for GirlFriend And Skull Belt Buckles.