Tuesday 27 March 2012

Harga Minyak kekal RM1.90 (RON 95)


PUTRAJAYA 27 Mac - Harga petrol RON95 kekal RM1.90 seliter walaupun berlaku kenaikan harga bahan bakar itu di pasaran global ketika ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, harga itu dapat dikekalkan selepas kerajaan menambah subsidi sebanyak 10 sen bagi bulan ini iaitu kepada RM1.03 seliter.
"Langkah ini perlu bagi memastikan rakyat tidak dibebani kesan sampingan berikutan kenaikan harga minyak global.
"Kerajaan masih mengekalkan subsidi itu kerana kita tahu kalau tidak dikekalkan, harga barangan lain termasuk yang tidak ada kaitan dengan minyak akan naik sebab apabila kos pengangkutan meningkat, ia akan dimasukkan dalam harga barangan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Sumber: Utusan

Komen: Rasa2 ada orang nak buat demonstrasi tak kalau subsidi ditambah dan harga minyak masih kekal selepas berlakunya kenaikkan harga minyak di dunia.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 En. Rasional. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes, Gifts for GirlFriend And Skull Belt Buckles.