Ikan patin Temerloh sgt sedap, pernah rasa masa trip lawatan Keusahawanan Pertanian dulu, sekarang UPM diminta kaji variasi produk ikan patin Temerloh...makin berkembanglah nampaknya Industri Ikan patin...
petikan dari akhbar Utusan :)
"TEMERLOH 12 Nov. - Kementerian Pengajian Tinggi memperuntukkan
sebanyak RM182,000 kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi
menjalankan kajian mengenai keistimewaan dan variasi produk patin di
daerah ini.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata,
setakat ini UPM yang menjalankan kajian tersebut sejak dua tahun lalu
berjaya menghasilkan beberapa produk hiliran daripada ikan patin.
"Antara produk tersebut termasuk masakan ikan tempoyak, asam pedas, goreng berlada, masakan kukus dan masakan ala Barat, Cina.
"Kajian selanjutnya akan dilakukan secara lebih menyeluruh bagi
memastikan produk ikan patin boleh memasuki pasaran eksport," katanya
yang juga Ahli Parlimen Temerloh kepada pemberita selepas merasmikan
Karnival dan Seminar Ikan Patin Temerloh 2012, di sini semalam."
0 comments:
Post a Comment