Monday, 29 April 2013

Anak FELDA Menjalani Latihan Industri di Kanada

Anak-anak FELDA sekarang sudah mula menjelajah seluruh dunia, sebelum ini ada sudah pelajar-pelajar anak FELDA dari Lim Kok Wing yang pergi belajar di London dan terbaru akan ada anak Felda yang  akan mendaki Gunung tertinggi di dunia iaitu Everest. Malah, sekarang sudah ada ramai anak  FELDA yang bijak pandai dan memegang jawatan-jawatan tinggi di kerajaan dan syarikat-syarikat korporat. Semua ini boleh dibanggakan oleh seluruh warga FELDA di Malaysia.

Saya pula disini, HELP International di Weyburn, Saskatchewan, Canada menjalani Latihan Industri selama 4 bulan, saya Akhmalluddin Bin Mohd Sujai dan Muhammad Faris Bin Mustapa sedang menjalani Latihan Industri di HELP International.Kami menjalani latihan Industri ini dari 1 April 2013 hingga 31 Julai 2013. Kami pelajar Bacelor Sains Pertanian, tahun ke-4 menjalani latihan industri ini bagi memenuhi keperluan syarat kelayakan untuk bergraduat dan untuk menyediakan diri kami kepada alam pekerjaan. kami telah ditaja oleh Universiti Putra Malaysia dibawah program mobiliti untuk latihan industri. Pelajar UPM yang turut sama dengan kami ialah Muhammad Hazim Bin Nazli(Bacelor Sains pertanian) dan Tey Hui Xiang yang merupakan pelajar tahun ke-3, Bacelor Sains Pertanian(Perniagaan Tani)Saya berasal dari FELDA Palong Timur, Segamat, Johor manakala Muhammad Faris Bin Mustapa merupakan anak generasi kedua dari FELDA Trolak Utara. 

Untuk makluman semua, HELP International merupakan badan bukan kerajaan (NGO) berasaskan komuniti  yang melatih dan membangunkan teknologi hijau untuk digunapakai masyarakat global. Melalui program ini, kami  berpeluang menguruskan  250 000 pokok beriklim sejuk  di nurseri, menguruskan proses penyimpanan 13 000 pokok semasa musim sejuk dan terlibat dengan penanaman 20 000 pokok  pada musim luruh sekitar Saskatchewan yang merupakan inovasi terbaru HELP. 

kami juga  berpeluang bertukar pendapat dan menimba pengalaman berharga dari CEO HELP International sendiri, Rodney Sidloski yang juga berpengalaman selama 8 tahun sebagai petugas kecemasan yang bertanggungjawab terhadap program pembangunan di benua Afrika yang menghadapi  masalah kemarau seperti Sudan dan Mozambique.

Kami rasa amat bersyukur kerana  berpeluang menyertai  salah satu program latihan industri yang paling mencabar di Kanada. Malah, kami dapat menimba banyak ilmu dan pengalaman secara langsung dari CEO HELP International. 

Bersama CEO-Rodney Sidloski

kami di HELP International
 

Sunday, 21 April 2013

Me Driving in Canada (Video)

New experience, driving there, driving in Weyburn, SK, Canada, left driver system... :)
The International Driving License cost me RM 150 and the expired period is 1 year, you can have it at Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 
My bos said that when driving if the speed limit is 100km/h you can go 110 without been ticket and at 4-junction, if we stop first we can go first...
Sorry for the bad English..bad words..I really don't mean it..Peace~
check out my video driving there 





Tuesday, 16 April 2013

Calon-Calon Barisan Nasional Parlimen Segamat

Calon P140 Parlimen Segamat(Datuk Seri Dr S Subramaniam),N01 Dun Buloh Kasap(Hjh Norshida)Dan N02 Dun Jementah(Datuk Dr Lee Hong Tee) 

Merekalah yang bakal diundi oleh saya dan keluarga saya.. .rekod Datuk Seri Dr S Subramaniam dilihat baik namun ada kalanya seperti yoyo...harap beliau tak hilang lepas PRU, apa pun terima kasih dengan sumbangn YB (klik sini)  
saya sangat hargai dan bersyukur, saya rasa mak saya akan undi beliau lol :)

Calon Baru  Hjh Norshida Ibrahim (fb beliau) bakal mengantikan Datuk Othman jais..muka baru dan saya berharap beliau dapat membawa idea baru dan bernas untuk Dun Buloh Kasap jika menang...

Datuk Dr Lee Hong Tee tak dengar apa2 cerita..tak kenal sangat pun.. apa pun 1Malaysia-lah 

#undilah
#sayapilihMalaysia
#Siswa4u 



Saturday, 13 April 2013

Menarik-Perubahan Logo Syarikat-Syarikat Besar

Perubahan Logo Syarikat-Syarikat Besar seperti logo pepsi, Shell, Xerox, BMW, IBM, Canon, Kodak, Volkswagen, YMCA, Apple, Mercedes Benz, and Microsoft window.. :)

http://thelogocompany.net/blog/wp-content/uploads/2013/03/Logos_Evolve1.png

Friday, 12 April 2013

Apa Itu Politik ???

PRU 13 digelar ibu pilihan raya kerana selepas tsunami politik pada 2008 BN tidak berjaya sangat, oleh itu, mampukah Barisan Nasional, BN mengekalkan kuasa politk mereka atau Pakatan Rakyat PR mengambil alih.. sekarang apakah itu POLITIK ??

senang saja bagi saya mendefinisikannya

P - Pujuk
O - Orang
L - Lantas
I -  Ingin
T - Terus
I - Ikut
K - Kita 

inilah definisi mudah bagi politik, bagaimana cara mahu kita mengikut mereka? anda boleh fikir sendiri.. ada yang menggunakan Agama dan ada yang menggunakan Bangsa atau kaum bagi mendoktrin minda kita.. 

Persoalan saya adakah mereka yg diatas pagar? ya ada, namun saya ingin menegaskan bahawa pegangan politik kita tiada yang benar2 neutral..kita mesti ada perasaan yang akan mengatakan bahawa parti ini betul dan parti ini salah, oleh itu jika dinilai dari segi peratusan lebih bagus sebagai cth 60 % dari 100% 
Bagi saya tiada yang neutral...

Apa pun kestabilan politik sgt penting bagi Malaysia dan janganlah putus tali persaudaraan walaupun berbeda ideologi..sekian  
 
#undilah
#sayapilihMalaysia

BN vs PR



Wednesday, 10 April 2013

Perbezaan Yahudi, Zionis, Israel

Penjelasan dari Dr. Hafidzi Mohd Noor dari AQSA SYARIF


My First Time Flying (Pictures)

Allhamdullilah syukur dapat pergi Kanada, pengalaman pertama naik kapal terbang yang mengembirakan sehingga saya tak dapat melelapkan mata, usaha selama setahun untuk prepare bagi praktikal luar negara ini. Bersyukur sangat...first time flight, first time kuar dari Malaysia dan pada pertama kalinya pasport saya dicop visa dari Kanada.. unique experience for me  :)

From KLIA, Kuala Lumpur -Schiphol Amsterdam Airport- Toronto- Regina - lastly Weyburn,SK, Canada and I have been boarding 2 KLM airplanes and 1 Westjet airplane, transit is at Amsterdam, total time I take for my travel is around 3 days...

Gambar-gambar kapal terbang dan airport :) 
KLM airplane
at KLIA airport
waiting at KLIA airport
arrived at shiphol airport


at schipol airport


View of Schipol airport

Toronto Pearson airport


KLM airplane again
the wing of westjet,duduk sebelah sayap :)
last flight with westjet



 

Tuesday, 2 April 2013

Sponsor oh Sponsor

Hanya menyatakan beberapa tips untuk mendapatkan sponsor dan tips yang diberi insyaAllah amat berguna untuk anda:

1. Berani - berani untuk berjumpa one-on- one dengan pihak sponsor...JGN BERURUSAN DENGAN PEGAWAI2 MEREKA !!! kebarangkali besar permohonan anda akan ditolak mentah2 atau surat anda masuk shredder, berani untuk berjumpa pihak pengurusan tertinggi sebagai contoh untuk pemimpin masyarakat seperti ahli parlimen, jumpa direct dgn mereka di majlis2 yang mereka akan dtg..ckp dgn beliau masalah kita dan hantar surat direct kepada beliau tanpa melalui mana2 pegawai2 khas.

2. Impak - Surat yang anda buat mestilah lengkap tetapi padat dan pekara paling penting ialah impak atau apa yang anda boleh beri balik kepada pengarah syarikat atau Yb tersebut. Ia mesti win win situation. Untuk contoh surat yang baik check blog ini- http://www.nuraizuddin.com/ . SURAT MESTI DIHANTAR AWAL !!! sekurang-kurangannya 3 bulan sebelum program. untuk impak anda boleh letak publisiti, paling simple, dan apabila surat anda tidak dilayan secara teruk, lg bagus buat surat peringatan yg merujuk kepada surat pertama yg anda hantar, jika anda pos surat itu, lagi lah mereka kena proses, prosedure biasa dlm gov. or any syarikat...

3. Proaktif - jangan mengharap bulan jatuh ke riba dan duit akan dtg berterbangan kepada anda, update dengan pejabat2 pihak yang anda mintak sponsor, update secara mingguan dan cakap yang anda hantar surat itu direct kepada YB atau Pengarah besar syarikat. Mengikut pengalaman saya, mereka akan rasa pekara ini penting kerana bos mereka mengetahui mengenai surat yang anda hantar. apabila kita hantar straight to the bos, mereka wajib proses surat itu. 

4. Tawakal - berdoa kepada tuhan agar permohonan anda diluluskan

untuk Yb, lebih baik untuk mintak YB kawasan anda dan fakta yang anda perlu tahu ialah setiap kawasan parlimen akan diperuntukkan RM 300 000 dan duit ini akan dibahagikan kpd byk bahagian sperti pertanian dan pelajaran, oleh itu jika anda mintak untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, ia akan termasuk dlm kategori pelajaran 

PERINGATAN - setiap ahli parlimen terutamanya mempunyai obligasi untuk menolak permohonan anda jika ia merasakan permohonan anda kurang penting, oleh itu buktikan kepada YB tersebut bahawa anda memerlukan duit tersebut lebih dari yang lain. Sebgai cth "lebih baik sy kasi duit itu kpd sek. men. untuk sumbangan hamper dari beri kepada anda" kerana lebih political mileage bagi mereka.  Bersemangat, jangan mudah putus asa dan pro aktif adalah pekara yg paling penting..jgn mrh jika tidak dilulusakan atau tidak dilayan..jadi rasional ya !

Ia bukannya senang namun Alhamdullilah permohonan sumbangan saya diterima..terima kasih Datuk Seri Dr S. Subramaniam 
saya ada juga hantar surat kepada MB Johor, Dato Hj Abdul Ghani Othman direct kepada beliau tetapi sebab saya lambat update, saya tak tahu status surat tersebut.

sumber kewangan lain kita boleh dapat dari pihak zakat juga, tq pusat zakat UPM & terima kasih Ustaz Nuruliman Ibrahim kerana byk membantu  :)
tiada pic saya dengan beliau tapi saya beri surat itu pada program ini
 

perjumpaan kedua saya dengan Datuk Seri Dr S. Subramaniam di dataran segamat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 En. Rasional. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes, Gifts for GirlFriend And Skull Belt Buckles.