Monday 14 May 2012

Tips elak Jadi Mangsa Jenayah SMS

Janganlah kita mudah tertipu dengan SMS-SMS dari orang yang tidak dikenali....waspada!!!

Berikut digariskan beberapa panduan bagi mengelakkan diri anda daripada menjadi mangsa jenayah khidmat pesanan ringkas (SMS):-
 
1. Sekiranya anda menerima sebarang SMS yang menyatakan anda telahpun memenangi sejumlah wang tunai yang besar dan memerlukan anda untuk respons melalui   SMS, anda disarankan merujuk kepada Bank Negara Malaysia (BNM) dengan menghubungi:-
 
    BNM TELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)
    Telefon : 1-300-88-5465
    Faks : 03-21741515
    Email : bnmtelelink@bnm.gov.my

 
2. Jangan sesekali respon terhadap SMS tersebut mahupun panggilan telefon daripada orang yang tidak anda kenali.
 
3. Sentiasa meragui/curiga terhadap sebarang SMS yang menawarkan atau memaklumkan memenangi sesuatu peraduan yang anda tidak pernah sertai.
 
4. Membuat laporan polis dengan segera sekiranya anda menyedari telah ditipu dengan membawa segala dokumen sebagai bukti transaksi yang telah dilakukan.
 
Berikut juga adalah pautan luar (link) mengenai tips-tips dan panduan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai perkara di atas:-
 
http://www.rmp.gov.my/main/pencegahan.cfm?mod=21&recID=579
http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/0401_protect.htm
http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/0402_victim.htm
http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/04_help.htm
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=61&pg=14&ac=2276


http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=8&pg=14&ac=2032

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 En. Rasional. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes, Gifts for GirlFriend And Skull Belt Buckles.