Friday 27 April 2012

Foster The People_Torches_Full Album

Foster The People - A different band that emphasis their music differently and I can see they can be the next MUSE... great music lads...



Here their full album, retrieve from YouTube...



Tuesday 24 April 2012

Info - Kenapa Tidur Itu penting


Infomasi tentang tidur dan tips-tips untuk tidur lena... :)


Source: http://frugaldad.com




Thursday 19 April 2012

Perhimpunan Rakyat Bantah Seks Bebas & LGBT tapi...


Perhimpunan Rakyat bantah Seks Bebas & LGBT tetapi...kenapa pula nak dilaksanakan di UPM ????
Sejujurnya perhimpunan ini niatnya baik dan saya pun sokong namun kenapa tak dilaksanakan saja di tempat lain,banyak lagi Stadium2 besar di Selangor nie...Yeah, I smell something fishy here...

Details perhimpunan:
 
Tempat: Stadium UPM
Hari: Sabtu
Tarikh: 21 April 2012
Masa: 2.00 Petang

 #aku dengar dapat baju dgn duit...hohoho nak cari Tokan dia yang susah nie....
#kalau niat di hati nak makan free boleh je datang...

Wednesday 18 April 2012

9GAG - Demo mansuh PTPTN


Tuesday 17 April 2012

Travel - Putra Mosque,Putrajaya,Malaysia.

The Putra Mosque is the principal mosque of Putrajaya, Malaysia. Construction of the mosque began in 1997 and was completed two years later. It is located next to Perdana Putra which houses the Malaysian Prime Minister's office and man-made Putrajaya Lake. In front of the mosque is a large square with flagpoles flying Malaysian states' flags.

It is located in Putrajaya which is the main Administrative place for the Government. This mosque shows the beauty of  Islamic architecture.Yeah...

Sunday 15 April 2012

Demo PTPTN-Hikayat Si Tanggang moden

Inilah konklusi daripada tindak-tanduk mereka,mereka yang kononnya menwakili suara mahasiswa rupanya hanya bermimpi di siang hari.
Tiada rasionalnya difikirkan bahawa PTPTN perlu dimansuhkan kerana PTPTN ini tujuannya untuk membantu mahasiswa2 dan mahasiswi2 dalam pengajian mereka di Universiti.Sudah pasti ada yang telah dipinjam wajib dibayar balik. Itu saja,mudah bukan???


# tolonglah jangan cakap yang korang mewakili seluruh mahasiswa/i di Malaysia..Huuu...malu aku...


Demo PTPTN-Video Mahasiswa kurang ajar & Syirik

Sebagai seorang mahasiswa saya sendiri merasa malu melihat perbuatan mereka, sejujurnya tidak bertamadun, malah perbuatan mereka meletakkan kalungan bunga pada gambar DS Najib dan DS Khaled Nordin adalah tindakan yang meyerupai upacara pengebumian @ kematian agama lain.
 
#Serius tidak melambangkan keintelektualan seorang mahasiswa..





Monday 9 April 2012

My Target

Target are define as:
Noun- A person, object, or place selected as the aim of an attack.
Verb- Select as an object of attention or attack.
and the synonyms are - aim - mark - goal - objective - object - purpose

So everyone has a target,then what are your plans to achieve it... :)


TIPS2 MENJIMATKAN BAHAN API


~Jimat minyak,maka jimatlah duit anda~
oleh itu cubalah tips2 di bawah :
  • Periksa penapis udara anda
    • Penapis udara sangat mudah di periksa dan diganti, hanya memegang penapis menghadap matahari dan jika anda tidak dapat melihat cahaya matahari
    • menembusinya, anda perlukan penapis yang baru. 
    • Ganti penapis udara anda setiap 10,000 batu.
  • Sentiasa periksa tekanan tayar
    • Periksa tayar anda ketika tayar berada dalam keadaan sejuk (pandu
      kereta anda untuk memanaskan tayar dan udara di dalamnya, tingkatkan
      lagi tekanan.
  • Kurangkan laju
    • Cuba kurangkan laju ketika memandu untuk beberapa hari anda akan melihat begitu banyak bahan api dapat dijimatkan dan perjalanan anda tidak akan mengambil masa yang panjang. 
  •  Memecut dengan teliti
    • Jika anda menggunakan kereta automatik, memecutlah dengan kelajuan yang sederhana supaya mudah bertukar ke gear yang tinggi.
    • Sentiasa perhatikan keadaan jalan (terdapat lubang pada jalan) jika terpaksa mengurangkan kelajuan secara mengejut ini akan mengakibatkan pembaziran minyak.
  • Kembali kepada semula jadi
    • Cuba anda tutupkan alat penghawa dingin, buka tingkap dan nikmatilah udara semulajadi. Ia mungkin agak panas tapi jika tahap kelajuan anda berkurangan anda akan dapat menjimatkan bahan api.
  • Kurangkan berat kereta
    • Lebih berat kereta anda lebih banyak gas diperlukan untuk menggerakkannya. 
    • Jangan letakkan terlalu banyak barang di dalam kereta. Cuba alihkan barang-barang yang tidak diperlukan di dalam kereta ke dalam rumah atau buangkan sahaja.
  • Amalkan servis kereta secara teratur
    • Penyelenggaraan yang sesuai yang berkaitan dengan penapis udara yang kotor, palang pencucuh yang lama dan tahap bendalir yang kurang.
  • Jangan memanaskan enjin
    • Terus memandu pada kelajuan yang rendah selepas start kereta anda.  Dengan cara ini enjin akan mula panas dengan cepat.
  • Jangan memandu
    • Jika anda boleh mengelak dari memandu kenderaan, anda akan menjimatkan bahan api.  Anda boleh menggunakan kenderaan awam seperti bas, keretapi atau LRT untuk menjalani kegiatan harian anda.  Berjalan dan berbasikal juga merupakan salah satu cara terbaik untuk menjimatkan duit dan untuk kesihatan anda. 
    • Sebelum anda masuk ke dalam kereta, cuba anda berfikir sejenak “ adakah perjalanan ini memadai?”
  • Gabungkan perjalanan
    • Jika anda boleh melakukan perjalanan-perjalanan yang pendek dalam satu masa, ini akan menjimatkan masa dan bahan api.  (Sumber:FOMCA )                                           

Saturday 7 April 2012

FAKTA Harga Minyak


Fakta yang rasional mengenai harga minyak di Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara pengeluar minyak yang lain di dunia.


Iklan Terbaru dari Petronas


Hahaha...iklan melampau,tak ada orang hantas Gas masak sampai macam nie....


Monday 2 April 2012

Peruntukan RM 20,000 untuk Persada di setiap IPTA

Semasa Karnival Iktiraf 2012 semalam telah diumumkan agihan peruntukkan sebanyak RM400,000 kepada pentadbiran 20 sekretariat Persada IPTA atau RM20,000 untuk setiap satu. Duit yang amat banyak jika digunakan sebaiknya oleh Persada sudah tentu Persada di setiap IPTA dapat melakukkan pelbagai program yang bermanfaat kepada ahli-ahli dan juga kepada masyarakat.

Disini juga saya mahu menekankan pengurusan kewangan yang telus dan amanah baik dari FELDA,PERSADA ataupun dari BHEP setiap IPTA agar dapat menguruskan wang ini dengan telus dan amanah.

Petikan berita di bawah;


"KUALA LUMPUR 1 April - Kerajaan hari ini mengumumkan bantuan berjumlah RM7.535 juta untuk golongan belia Felda bagi memperkasa golongan berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bantuan tersebut diagihkan untuk pengurusan program Persatuan Belia Rancangan, Majlis Belia Felda Negeri dan Wilayah serta Sekretariat Permuafakatan Siswa Siswi Felda (Persada) institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Di samping itu, beliau berkata, ia turut diperuntukkan kepada Pengupayaan dan Khidmat Masyarakat Persada IPTA dan IPT swasta (IPTS) tempatan dan luar negara serta Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM).
''Sehubungan itu, saya mahu golongan belia Felda terus memperkukuhkan misi sosial dengan memastikan golongan ini bebas dadah, jenayah dan maksiat; berpendidikan sempurna dan bekerja sebagai tenaga mahir serta berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air,'' katanya.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis Karnival Ikatan Hari Warga Felda (IKTIRAF) 2011/2012 di Dataran Merdeka, di sini, hari ini.
Dalam pada itu Najib berkata, daripada jumlah RM7.535 juta itu, sebanyak RM1.585 juta akan diperuntukkan kepada pengurusan program Persatuan Belia Rancangan dengan setiap 317 persatuan di seluruh negara memperoleh RM5,000.
''Sebanyak 11 Majlis Belia Felda Negeri dan Wilayah akan menerima sejumlah RM550,000 iaitu RM50,000 untuk setiap satu,'' katanya.
Beliau berkata, sejumlah RM400,000 pula diperuntukkan kepada pentadbiran 20 sekretariat Persada IPTA atau RM20,000 untuk setiap satu. "

Hidup PERSADA UPM :)

Sumber : Utusan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 En. Rasional. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes, Gifts for GirlFriend And Skull Belt Buckles.