Sunday 4 March 2012

NASIHAT TUN DAIM ZAINUDDIN KEPADA ORANG2 MELAYU

Tun Daim

Tun Daim Bin Zainuddin lahir pada 29/4/1938 di Alor Setar,Kedah dan beliau merupakan seorang Usahawan, Penganalisis Ekonomi dan juga Ahli Politik. Beliau juga pernah menjawat jawatan Menteri kewangan Malaysia dari tahun 1984 hingga 1991.

Berikut adalah NASIHAT TUN DAIM ZAINUDDIN KEPADA ORANG2 MELAYU...dipetik dari bual bicara Utusan Malaysia (Mingguan)

* Melayu mesti jangan sia-siakan peluang dan tidak melepaskan generasi muda kepada penagihan dadah.
* Melayu perlu hidup di rumah yang selesa dan menjadi alat kepada sumber manusia dan mobiliti.
* Melayu mesti boleh menulis dan bertutur dalam pelbagai bahasa dan berpengetahuan bagi menjadi pemimpin yang hebat.
* Melayu mesti belajar mensyukuri kejayaan dan tidak berhasad dengki untuk menurunkan mereka yang berjaya. Melayu berjaya di satu pihak perlu bersikap rendah diri dan tidak memberikan tanggapan mereka akan membolot segalanya.
* Memerangi elitisme dengan berani dan bermaruah. Tiada ada orang pada era Melayu-DEB yang mempunyai hak untuk menjadi elit dan hebat berbanding yang lain. Ingatlah kepada penggubal DEB di mana mereka adalah pelajar pergerakan Fabian yang sentiasa melihat cara menyama kan kedudukan dalam peluang hidup.
* Kerjasama tulen dengan bukan Melayu dalam perniagaan dan rundingan.
* Kerja keras dan bijak pada masa sama dan jika anda fikir anda telah bekerja keras, letakkan lebih usaha dan tidak gentar dengan kegagalan. Belajar daripada kegagalan. Kerja keras dan bijak perlu menjadi satu kualiti bagi mentafsirkan orang Melayu. Jika kita mempunyai semua kualiti dan ciri-ciri berkenaan, saya rasa Melayu akan bersatu bagi kebaikan negara ini.
* Perkukuhkan Bahasa Melayu. Ingat banyak novel hebat yang diterjemah ke dalam pelbagai bahasa seperti tulisan penulis Colombia, Gabriel Garcia Martinez dan Mesir, Naquib Mahfouz.
* Bercita-cita menjadi pemimpin. Bercita-cita menjadi penderma. Bercita-cita untuk belajar. Bercita-cita menjadi Melayu yang baik.

Inilah yang sepatutnya mentafsirkan karakter Melayu. Melayu perlu mempunyai sifat berkenaan. Kita tidak perlu menjerit mengenai penyatuan tetapi berterusan membina jalan untuk perpecahan. Jadi Melayu yang berjaya dan penyatuan akan datang dengan sendiri. Jika tidak Melayu akan dieksploitasi dan orang lain akan mengambil kesempatan ke atas kita. 


Sumber: Utusan Malaysia online

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 En. Rasional. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes, Gifts for GirlFriend And Skull Belt Buckles.