Thursday 31 May 2012

Tips untuk Presentation


1. Suara mestilah jelas, yakin, & lantang
2. Kekalkan pandangan mata dgn penonton
3. Slide jangan terlalu banyak ayat
4. Slide letak gambar yang berkaitan..jgn kosong sgt!
5. Font Arial atau Times new roman
6. Tawakal kpd Tuhan..baca bismilah dan beri salam... :-)



posted from Bloggeroid

Monday 28 May 2012

Perception of Agriculture in Malaysia

As a student of bachelor of agricultural science in UPM, apparently I would like to address that the Malaysian often to think that agriculture is sunset industry and the people's mind and mindset think that this sector is not a popular sector.
This is all about perceptions of people..it is quite sad to think about and i would always hope that agriculture will be at its golden era again... amin...

Wednesday 16 May 2012

Gambar(14) Kematian Tragis Ayam Reban 2 - Keusahawanan Pertanian(PPT 3701)

Kematian tragis 80 ekor ayam dari reban 2, kami tiada bukti untuk menyalahkan sesiapa... andaian kami mungkin haiwan liar,mungkin mati keracunan,mungkin juga mati terperanjat.Namun bagi saya...
HANYA ALLAH S.W.T YANG MAHA MENGETAHUI
Walaupun saya bukan kumpulan reban 2...saya tetap bersimpati dengan mereka kerana penat dan titik peluh mereka dari minggu 2 hingga sekarang mati bergelimpangan begitu sahaja...



















Isu Keusahawanan Pertanian(PPT 3701) 2012

Disini ingin saya kupas mengenai isu-isu yang timbul sepanjang perlaksanaan kursus PPT 3701, memandangkan saya turut terlibat dalam kelas ini ingin saya jelaskan bahawa jgnlah terlalu mempercayai buah-buah mulut dari orang lain dan bertanyalah kepada pihak yang benar-benar ada dan terlibat sepanjang isu hangat ini.

Isu 1 =  Emcom, syarikat ini 1st time datang ke UPM, mereka mahu melaksanakan penyelidikan tentang produk mereka dari Africa kepada ayam kg...mula-mula(minggu 1) mereka cakap nak taja kumpulan reban 1 dan reban 2, namun pada minggu ke-8 mereka mahu balik harga  kos RM2500 dan mahu ambil 75 ekor ayam dengan harga kos iaitu RM8.38 per ekor (harga ini mereka tetapkan !!!)...

Persoalannya
  •  Jika awalnya mahu ditaja kenapa hendak bayar balik ??? analogi- siapa yang dapat biasiswa tajaan(cth JPA) mereka perlu bayar balik ke.
  • Kenapa mereka yang tetapkan harga ??? siapa yang menjalankan projek keusahawanan ini..analogi mudah, kamu mahu beli beras harga RM15 di kedai,tiba2 kamu datang ke kedai tersebut dan cakap "saya nak beli beras ni harga RM10,muktamad" ,rasa2 dapat tak beras tu RM10?? Dalam perniagaan harga adalah berdasarkan keluk permintaan dan keluk pengeluaran. Harga juga biasanya mengambil kira kos2 yang ditanggung pengeluar termasuklah kos pengangkutan,tenaga kerja dan lain2. Malah biasanya perniaga yang menetapkan harga. Harga RM 8.38 itu bukanlah harga tawar-menawar seperti di pasar malam kerana pihak EMCOM yang tetapkan harga itu. 
Nak tahu diskusi kami dengan pihak Emcom boleh tgk video dibawah...


Isu 2 = Isu berkenaan harga kos produk2 ayam, dari minggu ke 4 hingga minggu ke 8 kami masih tertanya2 harga kos bagi setiap produk ayam, tiada kata putus dari pihak pegawai UPM dan pembekal...permainan tarik tali berterusan hingga minggu ke-8, kemudian kami diberikan harga PO utk setiap produk..ni boleh check gambar di bawah
produk yang perlu kami bayar kalau mengikut PO seperti yang dimaklumkan ialah anak ayam (RM2.5) ,makanan ayam grower(RM100) dan starter (RM105) ,EMAS(RM 45) dan EM1 (RM30)
harga2 diatas adalah lebih MAHAL dari harga di pasaran !!! sila google sendiri check ~


Persoalannya
  • kenapa input ditetapkan oleh pegawai??? kami langsung tiada kuasa terhadap sumber kami..siapa pula yang menetapkan supplier???
  • Kenapa tiada taklimat yang menyeluruh???
  • Langsung tiada hitam putih antara ketua kumpulan dan pembekal dan antara pihak Emcom dan Kumpulan reban 1 dan 2, siapa sebenarnya yang bertanggungjawab???
Video dibawah pula adalah perbualan dengan pegawai yang terlibat mengenai kos2 kami


Kemuncak isu ini adalah pada 8 Mei 2012 dimana perjumpaan diadakan diantara pihak student ,Emcom, dan pegawai yang terlibat. Perbincangan dimulakan dengan group yang menjalankan penyelidikan dengan Emcom dan kemudiannya dengan berlaku pertelingkahan diantara student dan pihak Emcom.

Selepas pertelingkahan barulah Dr Azhar dgn Wan Marzuki turun....
Fakta- Dr azhar adalah pakar rujuk kami tapi baru 3 kali berjumpa dgn kami (termasuk hari 8 mei)

selepas campur tangan Dr Azhar, barulah penyelesaian dapat dicapai

Reban 1,2 dan Syarikat Emcom- Emcom bersetuju menaja sepenuhnya Reban 1 dan 2
Reban 3, 4, dan 5 - Hanya perlu bayar RM1500 sahaja harga kos dan Kos proses ayam boleh dituntut kembali...

Alhamdullilah isu ini telah selesai...namun diharapkan ia bakal menjadi pengajaran kepada kami serta pihak fakulti dan menjadi peringatan kepada pelajar2 fakulti pertanian yang belum mengambil kursus PPT 3701- Keusahawanan Pertanian.

Sekian..


Monday 14 May 2012

Tips elak Jadi Mangsa Jenayah SMS

Janganlah kita mudah tertipu dengan SMS-SMS dari orang yang tidak dikenali....waspada!!!

Berikut digariskan beberapa panduan bagi mengelakkan diri anda daripada menjadi mangsa jenayah khidmat pesanan ringkas (SMS):-
 
1. Sekiranya anda menerima sebarang SMS yang menyatakan anda telahpun memenangi sejumlah wang tunai yang besar dan memerlukan anda untuk respons melalui   SMS, anda disarankan merujuk kepada Bank Negara Malaysia (BNM) dengan menghubungi:-
 
    BNM TELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)
    Telefon : 1-300-88-5465
    Faks : 03-21741515
    Email : bnmtelelink@bnm.gov.my

 
2. Jangan sesekali respon terhadap SMS tersebut mahupun panggilan telefon daripada orang yang tidak anda kenali.
 
3. Sentiasa meragui/curiga terhadap sebarang SMS yang menawarkan atau memaklumkan memenangi sesuatu peraduan yang anda tidak pernah sertai.
 
4. Membuat laporan polis dengan segera sekiranya anda menyedari telah ditipu dengan membawa segala dokumen sebagai bukti transaksi yang telah dilakukan.
 
Berikut juga adalah pautan luar (link) mengenai tips-tips dan panduan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai perkara di atas:-
 
http://www.rmp.gov.my/main/pencegahan.cfm?mod=21&recID=579
http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/0401_protect.htm
http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/0402_victim.htm
http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/04_help.htm
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=61&pg=14&ac=2276


http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=8&pg=14&ac=2032

Thursday 10 May 2012

Fakta - Transformasi Teknologi Dunia

Perubahan teknologi yang telah dan bakal berlaku di dunia ini,bermula dari telefon hinggalah ke gadjet2 terbaru seperti Ipad, Galaxy tab, dan Smartphone..


Source: FrugalDad


Monday 7 May 2012

Penjualan Ayam Kampung UPM


Ayam kampung merupakan ayam yang sangat aktif dan tempoh peliharaannya adalah lagi panjang daripada ayam daging komersil. Baka ayam kampung yang kami gunakan adalah ialah kacukan ayam kampung. Projek Penternakan ayam kampung di UPM telah dijalankan oleh pelajar-pelajar fakulti pertanian yang mengambil subjek Keusahawanan Pertanian (PPT 3701). Berat purata ayam kami ialah 1.1 kg hingga 1.2 kg dan harga yang ditawarkan  boleh dilihat di gambar di bawah.
Penjualan ayam kampung kami valid hanya sehingga 31 MEI 2012.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 En. Rasional. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes, Gifts for GirlFriend And Skull Belt Buckles.