Tuesday 2 April 2013

Sponsor oh Sponsor

Hanya menyatakan beberapa tips untuk mendapatkan sponsor dan tips yang diberi insyaAllah amat berguna untuk anda:

1. Berani - berani untuk berjumpa one-on- one dengan pihak sponsor...JGN BERURUSAN DENGAN PEGAWAI2 MEREKA !!! kebarangkali besar permohonan anda akan ditolak mentah2 atau surat anda masuk shredder, berani untuk berjumpa pihak pengurusan tertinggi sebagai contoh untuk pemimpin masyarakat seperti ahli parlimen, jumpa direct dgn mereka di majlis2 yang mereka akan dtg..ckp dgn beliau masalah kita dan hantar surat direct kepada beliau tanpa melalui mana2 pegawai2 khas.

2. Impak - Surat yang anda buat mestilah lengkap tetapi padat dan pekara paling penting ialah impak atau apa yang anda boleh beri balik kepada pengarah syarikat atau Yb tersebut. Ia mesti win win situation. Untuk contoh surat yang baik check blog ini- http://www.nuraizuddin.com/ . SURAT MESTI DIHANTAR AWAL !!! sekurang-kurangannya 3 bulan sebelum program. untuk impak anda boleh letak publisiti, paling simple, dan apabila surat anda tidak dilayan secara teruk, lg bagus buat surat peringatan yg merujuk kepada surat pertama yg anda hantar, jika anda pos surat itu, lagi lah mereka kena proses, prosedure biasa dlm gov. or any syarikat...

3. Proaktif - jangan mengharap bulan jatuh ke riba dan duit akan dtg berterbangan kepada anda, update dengan pejabat2 pihak yang anda mintak sponsor, update secara mingguan dan cakap yang anda hantar surat itu direct kepada YB atau Pengarah besar syarikat. Mengikut pengalaman saya, mereka akan rasa pekara ini penting kerana bos mereka mengetahui mengenai surat yang anda hantar. apabila kita hantar straight to the bos, mereka wajib proses surat itu. 

4. Tawakal - berdoa kepada tuhan agar permohonan anda diluluskan

untuk Yb, lebih baik untuk mintak YB kawasan anda dan fakta yang anda perlu tahu ialah setiap kawasan parlimen akan diperuntukkan RM 300 000 dan duit ini akan dibahagikan kpd byk bahagian sperti pertanian dan pelajaran, oleh itu jika anda mintak untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, ia akan termasuk dlm kategori pelajaran 

PERINGATAN - setiap ahli parlimen terutamanya mempunyai obligasi untuk menolak permohonan anda jika ia merasakan permohonan anda kurang penting, oleh itu buktikan kepada YB tersebut bahawa anda memerlukan duit tersebut lebih dari yang lain. Sebgai cth "lebih baik sy kasi duit itu kpd sek. men. untuk sumbangan hamper dari beri kepada anda" kerana lebih political mileage bagi mereka.  Bersemangat, jangan mudah putus asa dan pro aktif adalah pekara yg paling penting..jgn mrh jika tidak dilulusakan atau tidak dilayan..jadi rasional ya !

Ia bukannya senang namun Alhamdullilah permohonan sumbangan saya diterima..terima kasih Datuk Seri Dr S. Subramaniam 
saya ada juga hantar surat kepada MB Johor, Dato Hj Abdul Ghani Othman direct kepada beliau tetapi sebab saya lambat update, saya tak tahu status surat tersebut.

sumber kewangan lain kita boleh dapat dari pihak zakat juga, tq pusat zakat UPM & terima kasih Ustaz Nuruliman Ibrahim kerana byk membantu  :)
tiada pic saya dengan beliau tapi saya beri surat itu pada program ini
 

perjumpaan kedua saya dengan Datuk Seri Dr S. Subramaniam di dataran segamat

3 comments:

i'tsOurlife said...

Assalamualaikum admin. kami ada membuat 1 misi kemasyarakatan masyarakat islam di Kemboja. tapi saya belum cukup arif lagi utk meminta sumbangan dari individu or syarikat2 ni. harap dapat membantu... talian saya 017-2942017

Unknown said...

Dari segi apa ya.. surat?

Mr. Secretary said...

Terima kasih kerana sudi linkkan ke www.nuraizuddin.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 En. Rasional. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes, Gifts for GirlFriend And Skull Belt Buckles.