Monday 19 March 2012

Karnival Iktiraf 2012


Karnival IKTIRAF atau IKTIRAF bermaksud ikatan hati warga FELDA.Karnival ini menghimpunkan seluruh warga FELDA di seluruh negara dengan tujuan untuk menwujudkan ikatan yang kuat dan utuh sesama warga FELDA tak kira dari FELDA mana mereka berasal.Saya bangga saya anak FELDA dan rasa teruja untuk menyertainya.

Antara aktiviti menarik ialah Persembahan Kompang Terbesar di Malaysia yang bakal direkodkan di dalam Malaysia Book of Records dan semestinya ada konsert IKTIRAF di mana Mawi(anak FELDA) akan datang dan pada 31 Mac nanti ada pertunjukkan bunga api.

Apa2 pun saya bakal menjadi Sukarelawan bagi Karnival ini dan berharap dapat meraih banyak pengalaman serta berharap dapat lagi elaun sama seperti saya menjadi Sukarelawan bagi Karnival IKTIRAF 2010 di Putrajaya.

Details Karnival Iktiraf 2012:


Tempat: Dataran Merdeka ,Kuala Lumpur
Tarikh: 30Mac- 1 April 2012
Perasmi:sudah pasti YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj. Abd.  Razak

More info tentang IKTIRAF boleh check website IKTIRAF ...
Untuk aturcara sepanjang program boleh check pic di bawah.... :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 En. Rasional. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes, Gifts for GirlFriend And Skull Belt Buckles.