Thursday, 22 March 2012

Tips Penjagaan Kereta


Penjagaan kereta sangat penting terutamanya untuk perjalanan yang jauh,namun penjagaan juga perlu dilakukan secara harian ataupun berkala.Berikut adalah tips-tips penjagaan kereta yang wajib diketahui oleh semua pemilik lesen kereta :
  • Panaskan enjin selama 10 minit sebelum memulakan perjalanan.

  • Biasakan diri mendengar bunyi enjin. Ia melatih anda mengesan bunyi ganjil pada enjin dan ia membantu mengesan masalah pada bahagian.

  • Setiap minggu luangkan masa memeriksa bahagian keselamatan kenderaan seperti sistem brek dengan menguji pelapik brek supaya ia tidak haus.

  • Anda juga boleh memeriksa sistem penyaman udara serta cecair pada enjin kenderaan seperti minyak pelincir, air radiator, minyak brek dan pencuci cermin.

  • Untuk memastikan cat kenderaan tidak pudar, luangkan sedikit masa membasuh atau menghantarnya untuk dicuci serta dikilatkan supaya cat kenderaan tidak makan USIA.

  • Setiap bulan periksa tekanan udara pada tayar anda. Ia penting bagi memastikan kenderaan dipandu stabil dengan penggunaan tekanan yang betul.

  • Tayar kekurangan tekanan udara menyebabkan kenderaan berat pada stereng atau boleh mengakibatkan kebocoran. Ia juga boleh memberi kesan terhadap bunga tayar jika kekurangan tekanan udara.

  • Anda juga boleh menguji sistem brek dan membersihkan penapis udara kenderaan supaya sentiasa bersih.

  • Sekurang-kurangnya seminggu sekali periksa bahagian - bahagian enjin, terutama tahap minyak pelincir, cecair brek dan stereng kuasa, air dan air bateri.

  • Jika tahap minyak pelincir berkurangan, periksa kemungkinan berlaku kebocoran kerana minyak pelincir tidak akan berkurangan jika enjin sempurna.

  • Begitu juga dengan cecair brek, tidak akan berkurangan jika tidak berlaku kebocoran. Jika minyak brek berkurangan tapi tiada kebocoran dikesan, ia menunjukkan pad brek sudah haus dan perlu diperiksa sama ada perlu diperiksa sama ada perlu diganti atau tidak.

  • Air dalam radiator perlu diperiksa selalu kerana ia amat penting memastikan enjin tidak terlalu panas terutama ketika kesesakan lalu lintas.

  • Pastikan anda menggantikan minyak gear, sama ada secara manual atau automatik, mengikut jadual waktu ditetapkan kerana minyak gear yang terlalu lama akan kehilangan kelikatanya lalu gagal melindungi geseran komponen gear. 

    Sumber : FOMCA

    Pemandu yang bijak menjaga keretanya setiap hari


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 En. Rasional. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes, Gifts for GirlFriend And Skull Belt Buckles.