Thursday, 15 March 2012

Kad diskaun mahasiswa akan diperkenal sebelum Jun: Ismail Sabri

Alhamdullilah.. satu tindakan yang pragmatik untuk atasi masalah kenaikkan harga barang, situasinya sekarang ada diantara mahasiswa/i terpaksa mengikat perut untuk berjimat.Sebagai contoh di Universiti Putra Malaysia, pembelian nasi RM2 di Flat ikan..sangat menjimatkan namun kurang berkhasiat, malah ada juga yang makan magee sahaja....petikan berita di bawah... 


BANGI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memperkenalkan kad diskaun kepada mahasiswa di semua institusi pengajian tinggi (IPT) sebelum bulan Jun tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kad itu bertujuan meringankan beban mahasiswa akibat kenaikan harga barang.
Beliau berkata, kementerian kini berbincang dengan pedagang besar yang terbabit dalam perniagaan seperti kedai buku, barangan sukan dan syarikat pengangkutan bagi membolehkan mahasiswa menikmati diskaun apabila membeli-belah.

Sumber: Bharian

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 En. Rasional. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes, Gifts for GirlFriend And Skull Belt Buckles.